Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Monday, 22 July 2013

Dah Mengandung Ker?? OMG!!!

Hai you oullss... Nie dah lepas buka nie confirm la semua bermalas-malasan, berlingkar, menyandor kekenyangan pasal banyak makan masa buka kan hahahaha!! (jangan gelakkan orang filza, kau tu pun sama yerk) hihihih... Sebenarnya aku nie boring tak tau nak buat ape nie, tu yang menggatal nak menaip.. Nak review pasal majlis bersanding errrrmmmmmmm,,,, nanti lar.. malas nak resize gambar banyak2..  Aku ingat nak ajak Superman pergi jenjalan Bazar Ramadhan dekat Klang nun, aku dengar ramai dah start berniaga keperluan Hari Raya.. Tapi dah kenyang macam nie, mata pun macam nak terkatup lepastu badan pun lemah2 dah jadi malas,.. Dok rumah jer la online hihihi.. 

Nie pun dia dok depan aku main tab,, boring gak la tu... Dia tengah download game.. Derrrr... beli tab penuh dalam tu dia download games.. Aku nak main pun tak pandai game2 tu kecuali Sugar Crush hahaha!!! (now dah level 97, terror tak aku??) berlagak betul minah nie puihhh!!!

Haaaa... Nie nak citer satu kejadian yang lawak dan menyentap hati aku.. nak tau ker ape bendanyer??

baca drama kat bawah nie :

kejadian petang semalam sebelum berbuka...

lokasi : gerai jual air tebu..

makcik jual air tebu : "ye dik, nak beli air tebu??"
aku : "sebungkus berape ringgit kak??"
makcik jual air tebu : RM 3jerrrrr..
aku : "bagi sebungkus kak"

masa bayar tu sempat lagi makcik tu tanyer..

makcik jual air tebu: "dah mengandung ker, lama kan dah kahwin??"
aku : eerrkk... "belum lagi, pengantin baru lagi nie hehehehe""

amboi makcik.. kemain tnyer i macam tu ekk.. i pengantin baru lagi yer.. macam kiah propa tau makcik nie.. hihihihi... ***soalan paling popular aku kena jawab sekarang nie huhuhuhu***

Kalau you oulls rasa sentap ker tak?? pada aku ia mula2 sentap pastu lawak habis.. aku tak amek hati pun apa makcik tu cakap.. Cuma aku terfikir "betul la, orang memang takkan berhenti bertanya soalan" Well, bila sentuh pasal anak and pregnant2 nie, aku takde la pressure sangat. Cuma aku pelik perlu ker nak bertanya soalan tu berulang kali kepada orang yang baru kahwin tak sampai 3 bulan nie..

 Aku tengok diaorang yang mcam pressure tengok  aku takde isi lagi hihihi.. Aku serah semua kepada Allah S.W.T.. Kalu cepat Dia bagi, cepat la aku dapat.. Kalau lambat Dia bagi, lambat la aku dapat..
Semua bergantung kepada rezeki masing2.. Walhal, ada 2 , 3 orang kenalam rapat yang kahwin sebelum dan selepas aku pun dah berisi.. Alhamdulillah untuk diorang..

Kalau aku cara nak menangani situasi bila orang tanyer dah mengandung ker belum, aku akan cakap macam dialog kat atas tu, sambil tersenyum.. aku tak marah , cuma terharu diorang care pasal aku dan tanyer sampai macam tu sekali.. Bagi aku it's ok hidup berdua dulu.. boleh bermanja-manja lebih kan.. Nak dating, tengok wayang, makan2, keluar balik lambat pun tak per.. semua buat berdua jer... So kira enjoy life berdua dulu puas2.. Kalau ada rezeki ada la baby kan hihihi... K la, kepada you oulss yang selalu kena tembak dengan soalan macam kat atas tu.. Boleh jawab macam aku ek hhihihi.... byeeeee...


peace2 kacang peas :)

Friday, 19 July 2013

Salam Ramadhan.. Banyak Cerita Tertunggak..

Salam Jumaat & Selamat Menyambut Ramadhan yang ke -10..
Alhamdulillah diberi kesempatan untuk berpuasa pada tahun nie. Lebih bersyukur bila dapat berpuasa dengan title “Suami dan Isteri” J  Ok, aku tau dah lama sangat kan tak update nie, pasal ape aku pun tak tau… hahahaha!! Entah la, mood nak taip tu ke laut plak.. Aku lebih suka blogwalking jer.. Bila baca orang lain update hari2 , rasa nak update jugak.. Tapi bila nak taip jer blurr… takde cerita nak cerita huhuhu!!! Lagi cerita2 pasal bulan puasa nie. Ramai upload gambar makanan.. zzzzzzzzzzz.. memang la menguji ketahanan mental betul.. Aku tak sempat lagi nak snap gambar2 menu berbuka.. Kalau ada pun sekeping 2 jer..

Memandangkan sekarang nie aku duduk dekat rumah parents aku, so hal masak-memasak mak aku la handle.. Bukan aku tak nak masak, bayangkan bila balik jer lauk dah siap dah.. Aku nak buat apa lagi kan huhuhu!!! Mak aku cakap “takper la, ko balik kerja penat” punyer baik mak aku.. Aku baru la nk jadi isteri mithali nak jaga makan minum suami.. Dah mak aku cakap takper takkan aku nak tolak kan hehehehe.. Ok, sebenarnya bukan aku tak nak duduk rumah sendiri, mak aku yang tak bagi duduk luar lagi.. Dia cakap rumah sewa sekarang pun mahal2.. Baik duduk jer sekali dengan dia.. Sambil tu boleh kumpul duit.. Nasib baik Superman tak kisah.. Lelaki biasa memang takde masalah nak duduk dengan mertua. Kalau perempuan plak lain sikit kan.. Rasa segan tu rasa menebal jer.. So, aku pun ikut la opinion mak aku tu.. Dapat jugak lar aku menabur bakti dekat rumah tu jugak.. As anak sulung, you oulls mesti tau kan apa tanggungjawab yang perlu dibuat.. Selagi mak bapak aku depan mata, aku tetap akan tolong diorang even aku ada suami sendiri.. Superman pun macam tu jugak, walau dah kahwin aku selalu suruh dia tengok2 kan jugak keperluan keluarga dia..

Banyak benda jadi sepanjang beberapa bulan nie yang aku tak sempat cerita kat you oullss.. Lagi2 cerita pasal wedding aku hahahaha!! Kahwin dah dekat 3 bulan tapi update 1 entry jer kan. Nak sangat share gambar2 wedding aku dekat sini, tapi internet dekat ofis nie lambat macam siput la.. Tensi aku.. Nanti la kalau rajin.. Boleh gitu?? Tapi aku tak kejam sangat. Ada beberapa keping aku simpan dekat PC hihihi..
Gambar masa bersanding besar.. Aku rasa nak pakai lagi baju kahwin tu.
Cantikkk!! Sangat!! Baju baru ok.. Aku rasmi dulu.. Mak andam sanggup buat baru untuk aku..

Gambar sendiri masa nikah.. Photographer ofismate aku..
Hasil gambar dan album tersangat2 la puas hati..
Nanti ler share ek..


Ok, pasal budak mengisi lapang aku tu pun dah lama tak cerita kan.. Si Nabila becok tu la.. Sekarang dah jadi kakak.. Dia baru dapat adik lelaki sebulan lepas. Kedekut dia yaaa ammpunn!! Orang nak pegang adik dia pun tak bagi.. Sibuk marah “Jangan pegang adik akuuu laaaa!!!!” urut dada ok dengar dia menjerit.. Selalu datang rumah aku ketuk pintu nak mintak roti letak susu.. Mak aku pun sampai simpan stock roti dekat rumah, takut dia datang nak roti takde kang mengamuk guling2 kat lantai acaner tu???

Manja sangat dengan mak aku, siap panggil mak aku “Mak!!” adik bongsu aku Ain haritu baring dekat peha mak aku.. Cepat2 dia tolak Ain ke tepi sambil cakap “Nie mak aku laaaaaaaaaa!!! Tepi laaaaaaaaa!!! Stresss okk dengar dia jerit.. Tu la pengarang jantung aku jugak.. Kalau aku balik kerja selalu tanyer mak aku “Mak budak tu datang tak??” mak aku cakap “Datangggggggggg.. macam tu la dia nak roti susu, nak roti susu” hahahaha!! Dia panggil KFC “ayam atok” kalau dia Nampak Supeman balik kerja jer cepat 2 dia tanyer “ Abg Kul, ada ayam atok tak??? Gile cerdik budak nie, kalau you uolls dengar dia cakap mesti macam nak sekeh kepala dia hahaha!!

Nabila becok.. Sekarang kalau cakap orang lain pun kalah..
Semua dia nak menang jer..
Perasan model..

Pasal kerja pulak Alhamdulillah semua ok.. Baru2 aku dapat increment and also promotion.. Tanjat gegirl ok, dapat2 surat tengok dapat promotion.. Naik 2 gred plak tu. Tak terkata ok. Millions thanks sangat2 dekat bos2 aku tu.. Diaorang cakap memang aku deserved untuk dapat promotion tu.. Alhamdulillah. So lepas nie kena kerja lagi kuat la, nak naikkan performance hihihi.. Yang penting hujung tahun dapat bonus.. Tak lupa jugak kepada Suamiku yang sentiasa sabar menunggu binik dia sorang nie balik keje lambat.. Nasib baik dia faham kerja aku hihihi.. Love u soo muchh!!

Ok. tu jer nak cerita. Kang kalau datang kerajinan aku update lagi k..
Byeee!!!

Peace2 kacang peas :)