Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Thursday, 24 January 2013

Budak nie dah besar...




Sekarang dia dah dok dekat dengan rumah aku..
Dekatttttttttttttttt sesangattttttttttttt sangattttttttt!!!
Selang dua rumah jerk.. Hehehe...
Nyampas hari2 dok nampak muka dia.. Rasa nak sekeh2 jerk...

Nabila and family sekarang dah duduk sekali dengan nenek aku..
Pasal rumah yang parents dia sewa dulu banyak problem..
Hmmmmm.. Rumah penuh anai2, lepas tu asal hujan jer banjir..
Kesian mak dia nak kemas rumah semua.. Pasal mak dia tengah sarat pregnant sekarang..

Then, kebetulan makcik aku yang sorang tu dah pindah Pahang.
So, nenek aku duduk berdua dengan pakcik aku yang bujang tu.. Nenek aku suruh mak nabila
duduk sekali, pasal senang nak tengok2 kan masa pantang..
Habis tu kalau dah duduk sekali memang pagi, petang, siang dan malam lar nampak muka budak
bulat nie...

Sekarang dah petah cakap.. Dengan mak dia pun dah pandai menjawab kalau kena marah..
Nak makan, minum, mandi semua pandai dah mintak sendiri.. Kadang-kadang letih nak layan..

Petang2 dia suka main kat depan rumah aku, mak aku suka lar layan dia..
Manja sangat sampai panggil aku "Makkk!!!"
Jeles aku weyyhh!!!
Satu petang tu, dia penat main kot.. Terus lari masuk rumah aku. Pastu dia cakap kat mak aku camnie..

Mak : "Nabila nak ape nie"

Nabila : "Mak nak air, cikittttt jer camnie... -
**sambil tunjuk tangan macam nak cubit tu**

Mak : " Nah... pelan2 minum tu "

Nabila : " Terima Kasih Mak!!"

Giler cerdik budak nie you oulls tauuu!! Tapi yang paling best kalau dia dapat ape2 dia tak lupa cakap
perkataan "Terima Kasihh!!" Clever Girlll~~~

Haritu kawan adik aku bagi dia jajan..
Terus dia cakap " Terima Kasih Abang!!"
Budak tu terus ingat dia sampai sekarang..
You oulls bayangkan lar budak 2 tahun suara macam mana.. Kan comel jer..
lagi kalau petah bercakap, memang orang suka layan kan..

Lagi satu, last week mak dia pergi checkup kat Klinik Desa,
Ingat mak dia tak nak bawak, last2 kena angkut jugak pasal dia terbangun awal..
Dekat klinik tu mulut dia sajer dengar, tanya itu ini.. Haisssshh!!! mak dia sampai penat nak layan..

Pastu moments yang paling kelakar, masa nurse nak ambil darah mak dia tu,
cepat2 dia tarik tangan mak dia.. Dia cakap "Jom balik mama!!! "Jom balik mama!!!''
"Nanti mama takit!!!!! Nanti mama takit"
Menangis2 dia tak bagi nurse tu pegang mak dia.. Hahahahaha!!
Semua orang tengok dia kat situ.. Dah macam drama sinetron plak mak dia kata..
Dia kesian tengok mak dia macam tu kot, nurse nak ambil darah dia tak bagi.
Nabila nabila!! Sayang sangat kat mak nie.. Pandai jaga mak yer..
** masa nie walipaper notebook wawa letak muka dia, terus dia cakap camnie..
" Comelnyer Nabila!!" sambil senyum kambing..
Rasa nak tarik jer  telinga dia pasal perasan sangat hahaha!!


Peace2 kacang peas :)

Tuesday, 13 November 2012

Igauan Setiap Hari.. Saper diaa????

Semalam aku balik kerja lewat sikit.. Pasal hujan kan..
Selalu kalau aku sampai rumah ada satu benda yang aku dah agak mesti ada depan rumah aku...
Aku hari2 memang menyampas tengok benda nie.. hehehehe.. Nak tau ape dia???

MEhhhhh... tgk mehhh!!!
Firstly aku bukak kasut mesti aku nampak kasut kecik nie...

Dalam hati " isshhhhh!! hari2 ada kasut nie, nyampas larrr..."
Sampai dah jadi igauan setiap hari..
Siapakah empunyer kasut comel nie...???
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

 
Nie dia budakknyer!! tak lain dan tak bukannnn!!!
Nabila the GEdikk!!!!

Suka buat muka duck face..
Ingat comelll!!! Nie adik aku wawa punyer kerja..
Pergi pakaikan rambut palsu color bendera Selangor..
Rasa nak lempang kannnn!!!! hahahaha!!!



Peace2 kacang peas!!

Tuesday, 6 November 2012

Mak Dia Pregnant, Dia Yang Mabuk..

Sabtu lepas aku dapat berita gembira.. Mak aku cakap Nabila nak dapat adikk....
Mak dia pregnant baru sebulan.. Habis lar, lepas nie mesti dia kurang kasih sayang dari mak dia hahaha!!
Aku ingat lagi, dulu masam mak Nabila mengandungkan dia, memang teruk tak ingat lar..
Hari-hari mabuk.. Muntah bagai.. Lepastu aku siap tolong hantar pergi klinik semua..
Dah pergi klinik tak jalan jugak, mabuk lagi.. Last sekali terus masuk hospital..
Sampai mak dia berhenti kerja.. Iyelah, mana taknyer asyik MC jer..
Last2 berhenti kerja terus.. Rupa-rupanyer muka budak nakal nie rupernyer keluar..
Nasib baik comel..

Lepastu mak dia cerita, masa mak dia tau Nabila nak dapat adik nie,
Nabila ada satu "peel".. Dia suka makan masam-masam..
Macam orang mengandung kan suka makan masam-masam macam asam kan..
Nabila nie sekarang hantu asam.. Padahal mak dia sikit pun tak teringin..
Haritu bapak dia beli asam kulit limau tu, mak dia tak boleh nak makan pasal masam sangat..
Dia hentam selamber jer, lepastu berak2.. Dah berak sambung lagi makan asam..

The best part is, malam tadi mak aku basuh kain.. Dia terbau sabun basuh tu, dia nak termuntah..
Werk Werkk werkk!!!! Mak aku dengar dia nak muntah.. Mak aku dah pelik dah dengan budak sorang nie.. Apesal macam tu plak.. Lepastu mak dia cakap dia tak boleh bau sabun, nanti dia macam pening..
Weehh!!! mak kau yang pregnant, kau yang llebih plak yer Nabila!!!
Nie manja sangat dengan mak dia lar nie.. Sebab tu dia yang mabuk...

**MUKA MABUK***
Kesian Nabila, kecik2 dah mabuk orang pregnant hehehe...
Ganti masa mak dia pregnant kan dia dulu kot :P
Mabuk teruk sangat..

**MUKA TAK MABUK**


Manjer sangat dengan Aku and Wawa...
Kalau merajuk, kitaorang jer tau macam mana nak pujuk dia..
Bukak Laptop, pasang Angry Bird... Terus Diamm..


Bagus lar dah nak dapat adik, Nabila dah pandai nak Independent..
Pandai potong kuku sendiri hehehe...
Masa nie aku nak potongkan kuku dia yang macam hantu tu, sibuk merengek nak buat sendiri..
Hambekkk!! Pandai sangat kan, dah macam orang besar gayanyer...


**16 hb nie birthday dia yang ke 2 Tahun, kejap jer dah besar budak nie**



Peace2 kacang peas!!


Wednesday, 10 October 2012

Ohhh!! Cutenyer!!!




Cute giler kan!!! Tetiba kena jadi bunga pulak hahaha!!
Terus teringat dekat nabila pasal dia kalau nangis rupa macam baby dalam gambar tu...
Rasa-rasa ada jual tak kostum macam nie kat sini, nak belikan Nabila..
Sure comel giler (^___^)



Peace2 kacang peas!!



Monday, 8 October 2012

Nabila Multiface :)

Kalau ada pertandingan buat mimik muka untuk budak-budak,
aku nak hantar budak Nabila nie.. Pantang orang snap pic dia, tau plak nak buat mimik muka..
Rasa macam nak lempang, sebab comel sangat.. Hari-hari datang rumah aku nak main laptop Wawa...
Malam tadi datang sendiri rumah aku, ketuk pintu siap bagi salam..
Mak aku ingat siapa lar datang malam-malam, tengok dekat tingkap takde orang,
sekali bukak pintu..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

muka budak ni haaaaa!!!!!!

Muka nak kena sekeh, mengada-ngada..
Manja betul dengan mak aku..
Bapak aku pun kalau budak nie tak datang rumah, sibuk tanyer...
"mana nabila??? dia tak datang ker??? "
nyampassss hehehe....
terus aku rasa kurang kasih sayang dari bapak aku sob sob sob T_T


Hobi : suka buat muka duckface.. nasib baik tak MC 5 hari hahaha!!
Kalau nabila comel lar buat camgitu..

Dah macam hippo aku tengok..
Nak marah pun tak jadi, kalau you oulls sanggup tak nak marah budak macam nie..
Nie Wawa lar yang ajar..

Nenek tua to be..
Macam beruk makyeh pun ada jugak huhuhu!!
Nakal betul, rasa macam nak sekeh jer kepala dia..
Nasib baik comel..
Haaaa.. Nie muka sebenar dia.. Kan cantik macamtu,
nie suka sangat buat muka pelik-pelik... ZZZzzzzzzz....
Gigi dah banyak, mak dia cakap, sekarang dia makan kuat...
Nasib baik tak gigit orang.. Euuuuuwww!!!
Bulan 11 nie genap 2 tahun..


**malam nie confirm dia datang lagi rumah aku nak main laptop huwahuwahuwa!!!***


Peace2 kacang peas!!



Friday, 14 September 2012

Dah Tak Dapat Jumpa Dia Selalu.. Sedeyyyy!!!! ;(

Tak sangka Ahad lepas last day aku jumpa Fahmi nie.. Tau2 jer isnin haritu mak aku cakap parents dia dah pindah tempat lain.. Mak cik dengan pak cik aku nie memang lar, bukan nak cakap awal-awal nak pindah.. Aku ingat dia main-main haritu.. Pasal sebelum nie, dia ada mention kata nak pindah, tapi tak pindah-pindah pun.. Nak menangis aku bila mak cakap Fahmi dah tak duduk rumah nenek aku lagi.. Dah takde budak kecik aku nak gomol, peluk, cium, borak semua.. Dia jer yang best pasal suka sangat bercakap walaupun pelat.. Dia selalu datang ketuk pintu rumah aku pagi-pagi pasal nak main laptop Wawa.. Dia suka dengar lagu ABC kat laptop Wawa, sampai hafal A-Z.. Bayangkan budak baru nak setahun setengah dah boleh ingat lagu ABC..

Lagi satu dia petah bercakap, sebab tu aku suka main dengan dia.. Dia panggil aku "tatak=kakak", pastu dia panggil Wawa "ipon (Jepun = nama glamour Wawa dari kecik sampai dah besau).. Hari mencari ipon dia tu pasal nak kejarkan laptop.. Pernah satu hari Wawa nak pergi kerja pun dia menangis2 nakkan beg laptop Wawa tu.. Sampai dia kejar Wawa, sambil menangis, sampai jatuh dia kejar.. Kesian dia.. Last-last Wawa siap burn dalam CD video ABC bagi dia tengok dekat rumah.. Tapi dia taknak tengok pulak... Tiap kali mak dia pasang, dia cakap "nanak tu, nanak tu, nak iponn!!!!!".. Bijak betul...

Lagi satu dia nie hari-hari dok datang rumah aku, pandai ketuk pintu siap bagi salam lagi.. Mak aku sampai dah tau time dia datang.. Datang rumah aku "nak mam acik = nak makan nasik", lepastu dia nie ada satu peel, kalau minum nak minum air sejuk, kalau tak sejuk tak nak minum.. "nak air jukk!! = nak air sejuk!!""..
Pandai pergi buka pintu peti ais..

Selalu kalau dekat rumah aku rasa sunyi, mak aku mesti pergi rumah nenek nak ambil dia, main dekat rumah.. Tapi kena tengok time jugak, pasal dia nie kuat tidur budaknyer.. Kalau mak tengok dia tak tidur, mak terus culik dia bawak balik rumah hehehehe... Pasal nak jaga dia nie senang, bagi cukup makan minum, dia dah senyap.. Dia nie lasak sikit, tapi jarang nak menangis melainkan dia nak susu.. Mak dia pernah citer dia jatuh katil sampai hidung belang, tapi tak nangis pun.. Tapi yang kesiannyer hidung dia merah menyala, dah macam hidung rusa santa clause hahaha!!!

Aku bukan ape, kang lama sangat dia tak datang jumpa aku and family, aku takut dia lupa. Pasal baru-baru nie Nabila pernah jadi macam tu.. Nie semua pasal mak dia balik kampung lama sangat sebelum puasa sampai dah lepas raya.. At last, dia jumpa family aku, terus dia macam tak kenal.. Muka macam bingung jer pasal dah lama tak jumpa.. Lama jugak lar nak pujuk dia bagi dian ingat balik.. Tunjuk mainan, lagu, citer, makanan favourite dia semua.. Alhamdulillah sekarang dia dah ok.. Rindu lar dekat Fahmiiiiii!!!!!! Dia suka angry bird, selau kalau lepas dia mandi, mak dia pakaikan baju angry bird, cepat2 dia tunjuk kat aku.. "amie akai aju bebird = fahmi pakai baju angry bird"..

Ayat paling tak boleh kalau kitaorang tnyer dia..
"saper encem???" dia jawab
"encem amie" = hensem fahmie (sambil sengih nampak gigi 2 batang)"
Geram tau tak, gerammm.~~~ pandai sangat menjawab...

Nie masa dia kecik lagi.. Tak ingat berapa bulan.. Masa nie belum lasak..
Dok dalam babysit jer.. Muka bulat betul, dah besar sikit terus kempis..

Masa nie badan dah kuat, boleh berdiri sikit2..
Naik baby walker.. Muka innocent giler..
Berketak-ketak tangan dengan dagu dia tu.. Sekarang dah kempis...
Baju favourite dia, Angry Bird..
Pandai jer posing sambil buat mulut macam bebird..

 
Baju mak dia beli, tak boleh blah siap pakai necktie lagi..
Wahhh!! Kelas ko fahmi!!
Bila aku tnyer "saper encem" dia jawab "encem amie!!!"
Rasa nak sekeh jer kepala dia hahahah!!!!
Kerusi malas dia nie kena sentiasa ada dekat rumah..
Kalau mak dia nak wat kerja rumah, mak dia pasangkan citer upin ipin..
Dia tengok dok kat kerusi tu like a big bosss.....
Senang giler jaga dia..

Bila tengok gambar nie, rasa lagi rindu lar...
Fahmi!!! Balik cepat yerkkk....
Tengok, senang giler mak dia nak potongkan kuku dia..
Aku rasa kalau budak lain susah nak control,,
Dia dok kat kerusi malas dia tu, pastu mak dia potongkan kuku..
Senang Fahmi nie...
Mulut besar!! Trademark dia masa nak amek gambar..
Motif ?? Aku pun tak tau...

Cute giler gambar dia yang nie,, muka baru lepas bangun tido..
Bucuk tak gosok gigi lagi hehe...
Fahhmiiiiii!!!!!!! Rindu lar dengan Fahhhmiiiiii!!!!
Huwaaaa!!!!!! ;(

 
Peace2 kacang peas :)

Monday, 30 January 2012

Irish Imanina Tihani!! Kenapa Kamu Cute Sangat!!! Kamu Sudah Buat Auntie Geram!!!



Hai!!!!! Nama saya Irish Imanina Tihani.. Umur saya 6 bulan, tapi dah ada 2 gigi ngeeeee~~~~
Comel tak saya, comel kan kan kan!!! Untie Filza geram tengok pipi saya... Sebab tu saya senyum macam nie (^_____________^), tembamkan pipi saya, macam pipi auntie Filza :P

Geram betul aku tengok budak kecik nie, kalau dapat aku gomol-gomol pipi dia, tengok kaki dia tu, berketak-ketak.. Confirm mama dia bagi susu baik nie.. Tu yang membesar dengan sihat bangat... Irish ni anak housemate aku masa kat Universiti dulu.. Sekarang dia menetap di Johor..

Tak sangka ko dah ada baby Iema, comel pulak tu macam aku, eh silap pulak, macam kau.. :) Dulu ko la paling gila-gila dan kepala angin jugak masa study dulu.. Ko ingat tak?? Orang lain dok sibuk bersengkang mata study nak exam esok hari, ko boleh membuta buat tak tau.. haha!!! Jangan Irish ikut perangai kau macam tu dah la..

Irish jadi good girl tau, jangan noty-noty.. Dengar cakap mama dengan papa.. Nanti kalau kita jumpa, auntie belanja aiskrim padle pop ok!!!

p/s : nanti aku nak buat entry pasal housemates aku masa dulu, lepastu list down perangai masing-masing macam mane.. Mesti best haha!!!


Peace2 kacang peas :)

Friday, 30 December 2011

Budak Nakal...

Fahmi budak nakal tak boleh duduk diam..

Sekali jatuh katil daaa....

Kesian hidung dah belang :)


alalala.. Cian dia, hidung dah tak cantik :P


Peace2 kacang peas :)

Thursday, 22 December 2011

Rindu dia...

Rindu budak nie!!!
dah 2 hari tak jumpa :(


Peace2 kacang peas :)

Monday, 19 December 2011

Nabila Budak Comel :)

Kalau dah namanyer perempuan, mesti suka tengok something yang comel kan.. Macam aku, memang tak boleh berenggang dengan sorang budak kecik nie, mesti nak dukung and cium2 dia kalau jumpa.. Nabila, anak pakcik aku.. Disebabkan aku tak ada adik kecik yang ala-ala baby, so, dialah akan jadi mangsa aku.. Dia comel sangatttttt!!! Pandai pulak tu... ISHHHH!!! geram tengok dia.... Setiap malam mesti datang rumah aku hehe...
 Gambar nie masa dia 6 bulan kot, belum tau apa2 lagi..
Mata dia, memang boleh membunuh siapa2 jer..
Besar macam anak patung...
 yang nie dah besar sikt, dah pandai naik babywalker..
Nabila dan bantal busuk tak dapat dipisahkan..
tak ada bantal busuk, dia tak boleh tidur...

 Pic nie aku suka ;)
Nabila dan Fahmi..
 nie muka nakal tengah makan, habis comot muka dia..
Pantang hala camera, mesti cepat2 dia posing..

 Nie plak ala-ala KPOP yer..

 Alalala.. Comelnyer!!! patung favourite dia tu...
Pantang jumpa mesti dipeluknyer ajer...

 Kan aku dah cakap, pantang jer hala camera dekat dia,
cepat2 dia posing :) bijak budak nie..

Alalala, dengan pipi tembam, mata bulat, mulut kecik comey, memang
hari2 la aku peluk cium dia nie... 

p/s : rasanyer kalau adik aku yang last tu ada lagi, mesti dia dah 7 bulan sekarang.. Tapi Allah lagi menyayangi dia.. Sedih :(

Peace2 kacang peas :)