Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

Saturday, 15 June 2013

Cerita Majlis Kahwin :)

Salam semua.. Waaaa!! Dah lama aku tak menaip kat blog nie.. Tiba-tiba jer terus tukar header baru.. Suka tak suka tak!! Hihihi!!! Rasa rindu sangat-sangat.. Tapi apaka daya, virus “M” telah menyerang ke dalam diriku ini.. Huhuhu.. Banyak nak cerita sebenar benar benarnyerrrrrr!! Lagi-lagi pasal majlis perkahwinan aku yang dah nak dekat masuk 2 bulan hihihihi tak tau la bila nak updatenyer tu J Dari persiapan kahwin, majlis kahwin, sampai la cerita lepas kahwin.. Memang banyak sangat nak cerita, tapi tuan tanah nie kan terlampau malas tahap maksima, apa pun tak boleh… Tapi aku akan cuba jugak.. Rasa-rasa harinie aku boleh  review sikit-sikit kot.. Aku akan cuba sebaik mungkin yer.. Sebab banyak gambar kahwin aku nak share dekat sini..

Nak cerita sikit la pasal majlis aku tu…  Majlis kat rumah aku ada 3 majlis.. 3 OK!!!! Nikah, Malam Berinai & Bersanding (reception) Walaupun penat, tapi kami rasa seronok sangat masa majlis haritu.. Alhamdulillah, semua berjalan dengan sangat lancar.. Dan yang paling best semua orang puji dan bagi feedback yang sangat2 positif sepanjang majlis berlangsung,.. Rasa suka sangat sebab semua persiapan kahwin kami suami isteri arrange semua.. Mak bapak masing-masing duduk rileks jer diam-diam hihihi.. Dan Alhamdulillah, outcome nyer tersangat lar bagus..

Yang paling aku tak boleh lupa masa Akad Nikah, yer semua mesti rasa berdebar kan masa majlis akad tu.. Aku pun sama, tapi masa pagi tu aku tengok muka Superman tu macam takde apa2 jer.. Rileks jer, muka pun steady takde peluh-pekuh ke ape.. Alhamdulillah, sekali lafaz.. Lepas Tok Kadi baca doa aku Nampak Superman menangis ;( huhuhuhu!! Selalu perempuan yang menangis kan.. Nie dia pulak yang menangis.. Aku mula-mula rileks jer, lepas tengok dia tersedu-sedu sambil menadah tangan aminkan doa, terus aku pun rasa terharu.. Nenek aku perasan masa tu, dia terus cakap “ Dia menangis sebab dia dah menang!!” Fuhhh!! Masa tu Tuhan saja yang tahu perasaan aku.. Betapa aku tau dia sayang sangat2 dekat aku.. Hampir 7 Tahun kami bersama. Now, dah jadi suami isteri yang sah.. Masa saksi cakap sah jer, terus aku teringat perjalanan kami berdua dulu,.. Susah, senang, gaduh, menangis semua sama-sama. Memang tak tau nak cakap macam mana lah.. Rasa2 kalau you oulls dah pernah rasa mesti tau kan.. Apa-apa pun aku bersyukur sangat2 semuanyer dah selesai dengan mudah atas IzinNya.. Terima Kasih Ya ALLAH kerana menganugerahkan suami yang sangat baik, bertanggungjawab dan menyayangi aku..

Layan dulu beberapa keping gambar nikah dulu k..

Sebelum akad nikah.. Aku suka gambar nie :)
Selamat Sudah.. Masa nie acara batal air sembahyang.
Mas kahwin dengan barang kemas aku citer later k..
Sweet la time nie.. Now hari2 sebelum pergi keje mesti cium tangan suami dulu :)
Terima Kasih Sayang menerima diriku seadanya..
I Love U So Muchhh!!!!


Peace2 kacang peas :)

Monday, 21 May 2012

Banyaknyer Invitation Kenduri Kawen 2 & 3 June Nie.......



Tadi aku baru perasan dekat columm event facebook aku penuh dengan invitation kahwin.. Perggghhh!! yang tak boleh tahan semua kahwin time public holiday 2 & 3hb 6 nie... Semua ambil tarikh on that weekend, termasuk lar sepupu aku yang duduk sebelah rumah aku yang akan buat majlis kedua-dua haritu.. Pening kepala aku nak plan mana nak pergi dulu... Kalau dah pergi majlis kahwin, sure-sure kena melantak kan hahahaha!!! Memang heaven lar kan untuk menaikkan berat badan huhuhu!!!

Mungkin ramai yang pilih tarikh nie sebab Sabtu tu public holiday and kena pulak time cuti sekolah, memang berebut-rebut semua nak buat kenduri kahwin time tu.. Tapi aku pun ada fikir jugak, kalau dah ramai sangat kahwin tarikh yang sama, mesti tak best kan... Pasal takut ramai orang tak dapat datang... Macam aku dah awal-awal cakap memang aku takkan ambil tarikh-tarikh favourite orang nak ambil buat tarikh kahwin.. Sebab, kesian dekat sedara-mara, kawan-kawan and jiran-jiran nak datang, pasal mungkin diaorang pun ada jemputan tempat lain jugak... Macam problem aku sekarang nie lar.. GGGGrrrrrr~~~~ pening den nak memikirnyer...

So, aku just nak share pendapat je lar kepada siapa-siapa yang nak cari tarikh kahwin tu, kalau boleh cari lar tarikh yang sesuai... Supaya semua orang dapat join majlis you ouulss kan.. Kalau 1 hari sampai 7 kenduri pada tarikh yang sama (kes nie terjadi dekat parents aku), macam mana lar nak buat keputusan mana nak pergi dulu... Atleast, elakkan mengambil tarikh-tarikh favourite yang sudah tentunyer "pack & tight" untuk tetamu anda hadiri.. Sekurang-kurangnyer kalau pilih tarikh-tarikh biasa nie, boleh lar tetamu you ouulss lepak lama sikit kan dekat majlis you ouulss kan...

Dan pada masa yang sama, kalau tarikh-tarikh favourite nie, semestinya mak andam, wedding planner, orang kompang and etc adalah orang yang paling sibuk at that time.. Dan time macam nie lar diorang naikkan harga kan, sebab permintaan banyak.. So, baik plan elok-elok k... Nanti dah bayar mahal-mahal, tengok2 orang yang datang tak ramai pun.. Kan tak best camgitu... Kahwin nie kan sekali seumur hidup kan, mesti nak buat meriah-meriah kan,.... So, you oulls yang dah plan nak kahwin tu, cari tarikh yang sesuai ok...

p/s : Aku and Superman still mencari date yang sesuai.. Pening ooOOOooooo~~~~



Peace2 kacang peas :)