Tadi aku baru perasan dekat columm event facebook aku penuh dengan invitation kahwin.. Perggghhh!! yang tak boleh tahan semua kahwin time public holiday 2 & 3hb 6 nie... Semua ambil tarikh on that weekend, termasuk lar sepupu aku yang duduk sebelah rumah aku yang akan buat majlis kedua-dua haritu.. Pening kepala aku nak plan mana nak pergi dulu... Kalau dah pergi majlis kahwin, sure-sure kena melantak kan hahahaha!!! Memang heaven lar kan untuk menaikkan berat badan huhuhu!!!
Mungkin ramai yang pilih tarikh nie sebab Sabtu tu public holiday and kena pulak time cuti sekolah, memang berebut-rebut semua nak buat kenduri kahwin time tu.. Tapi aku pun ada fikir jugak, kalau dah ramai sangat kahwin tarikh yang sama, mesti tak best kan... Pasal takut ramai orang tak dapat datang... Macam aku dah awal-awal cakap memang aku takkan ambil tarikh-tarikh favourite orang nak ambil buat tarikh kahwin.. Sebab, kesian dekat sedara-mara, kawan-kawan and jiran-jiran nak datang, pasal mungkin diaorang pun ada jemputan tempat lain jugak... Macam problem aku sekarang nie lar.. GGGGrrrrrr~~~~ pening den nak memikirnyer...
So, aku just nak share pendapat je lar kepada siapa-siapa yang nak cari tarikh kahwin tu, kalau boleh cari lar tarikh yang sesuai... Supaya semua orang dapat join majlis you ouulss kan.. Kalau 1 hari sampai 7 kenduri pada tarikh yang sama (kes nie terjadi dekat parents aku), macam mana lar nak buat keputusan mana nak pergi dulu... Atleast, elakkan mengambil tarikh-tarikh favourite yang sudah tentunyer "pack & tight" untuk tetamu anda hadiri.. Sekurang-kurangnyer kalau pilih tarikh-tarikh biasa nie, boleh lar tetamu you ouulss lepak lama sikit kan dekat majlis you ouulss kan...
Dan pada masa yang sama, kalau tarikh-tarikh favourite nie, semestinya mak andam, wedding planner, orang kompang and etc adalah orang yang paling sibuk at that time.. Dan time macam nie lar diorang naikkan harga kan, sebab permintaan banyak.. So, baik plan elok-elok k... Nanti dah bayar mahal-mahal, tengok2 orang yang datang tak ramai pun.. Kan tak best camgitu... Kahwin nie kan sekali seumur hidup kan, mesti nak buat meriah-meriah kan,.... So, you oulls yang dah plan nak kahwin tu, cari tarikh yang sesuai ok...
p/s : Aku and Superman still mencari date yang sesuai.. Pening ooOOOooooo~~~~
Peace2 kacang peas :)
No comments:
Post a Comment