Showing posts with label tahun baru. Show all posts
Showing posts with label tahun baru. Show all posts

Friday, 4 January 2013

Tahun Baru 2013 :)

Salam Jumaat semua!!

Hari ni hari ke-4 tahun 2013..
So, kira first entry for 2013 lar nie :)
Orang lain dah wish sebelum tahun baru pun, aku baru terkedek-kedek nak update huhuhu!!
Seriously kebelakangan nie aku tak sempat nak update ape2, pun pasal bz dengan kerja dan rutin harian..
Rasanye aku ada hutang beberapa cerita nak cerita kat sini..
Tapi nanti lar aku update (tunggu free!!)

So, untuk tahun 2013 nie aku berazam untuk menjadi insan yang lebih baik dari sebelum nie..
Bukan kata aku nie jahat sangat kan, tapi kalau umur dah meningkat kena lar
pandai2 buat improvement untuk diri sendiri.. Dan tak lama lagi pun aku akan bersatu dengan
Superman kesayangan aku tu.. Alhamdulillah, perancangan pun telah dibuat..
tapi taknak reveal bila kami akan bersatu, takut kecoh2 sangat kang tak jadi pulak...
Low profile sudehhh!!~~~

Tahun nie 3 adik aku semua sekolah pagi..
Yang no 4 naik form 5, no 5 naik form 3,
then yang bongsu sekali naik darjah 4..
Cepat jer dah besau budak2 nie.. Tapi kalau dah semua sekolah pagi mak aku tinggal
sorang lar kat rumah tu... Dia kata aman sikit hahaha!!! Senang dia nak buat kerja..
Cuma pagi2 kena bangun awal kejut adik2 aku tu..
Paling menyampah bila semua berebut bilik air, iyelah semua sekolah pagi..
belum lagi aku ngan bapak aku nak mandi nak pergi kerja..
Nasib mak aku ada good schedule.. Dia kejut adik2 siap pergi sekolah dulu, baru kejut aku dengan bapak aku.. baru tak berebut kan..

Bulan 12 baru2 nie pulak. Tuhan kurniakan rezeki lebih kat aku..
Alhamdulillah.. Aku dapat bonusss + gajiii!!!!!!~~~
yuhuhuhu!!! Best2.. Company bagi bonus 2 bulan..
Tak sangka lar dapat banyak kan.. Tapi tak semua duit tu aku buat berjimba..
Aku ada beli asset untuk diri sendiri dan Superman..
Untuk family sendiri pun aku tak lupa, aku bagi jugak dekat family aku kan..
Lepas tu yng penting dapat tambah amount dalam buku biru aku tu..
Insyaallah bulan 3 nie aku baru dapat tau result increment aku..
Harap-harap dapat berita gembira macam tahun lepas.. Amin..

Dan setiap orang kalau Tahun baru jer mesti ada azam sendiri kan..
Tahun nie azam aku biase2 jer, takmo lelebih sangat..
kang tak dapat capai meroyan sendiri..
Contoh : "nak kuruskan badan :) ''
nomnomnom!!~~~~ nampaknyer azam 2013 gagal...
tettttttttt!!~~ :(
Aku tak boleh kawal diri sendiri dari tengok makanan dan ape jer benda yang dinamakan MAKANAN!!
Semua aku nak bedal, lagi2 kalau dengar orang nak belanjer aku laju jerrr saukk kann!!!
So, for 2013 no more azam nak kuruskan badan lagi. aku cuma kena control diri sendiri jer..
Sebab kalau kita letak goal sendiri, kalau fail kita sendiri pun dah naik menyampasss kann... hehehe..

Apa-apa pun semua terserah pada diri sendiri.. Sendiri buat rule, sendiri ikut betul tak??

Selamat Tahun Baru 2013!!
Semoga tahun ini lebih berkat dan baik dari tahun sebelumnyer.. Aminn..




peace2 kacang peas :)

Saturday, 31 December 2011

.:Azam 2012:.

Beberapa jam lagi, kita akan menjengah ke Tahun 2012. Rasa sekejap jer masa berlalu, sampai tak sedar hari ini hari terakhir Tahun 2011.. Sepanjang Tahun Baru, aku tak pernah buat apa-apa azam untuk diri sendiri. Sebab, aku tak nak kecewa kalau tak dapat realisasikan azam-azam yang aku buat.

So, tiba-tiba harini aku terfikir nak buat azam untuk Tahun Baru yang akan menjelang esok. Sebab aku fikir, dah tiba masa aku fikirkan tentang masa depan aku.. Sebab kalau kita tak ada target dalam hidup, macam mana nak berjaya kan,,, betul tak???

1. BERKELUARGA
 Memandangkan tahun depan aku dah 26 tahun, so dah memang sepatutnya aku fikirkan tentang   "perkahwinan". Lagipun, kalau nak diikutkan, ramai kawan-kawan sebaya aku dah kahwin, ada keluarga sendiri and the best part is ada anak sendiri. Aku sendiri teruja dan tumpang happy tengok diorang bahagia dengan keluarga masing-masing.

Jadi, aku dan My Superman pun dah buat planning untuk bersatu tahun depan, InsyAllah.. Kami akan bertunang dulu pada Febuari depan, dan seterusnya akan bincang tarikh perkahwinan kami.. Aku harap, semua akan berjalan lancar.

2.BELI GAJET
Like Ipad ke, DSLR ke haha!!! Insyaallah..

3.BAJET
Nak buat perancangan kewangan yang lebih teliti, supaya aku tak boros sangat macam tahun nie :) Semua benda aku nampak aku nak.. Dan Tabiat buruk aku pantang tengok kasut, mesti nak beli. Asal keluar jer mesti nak pergi kedai kasut.. HAisshh!!

4. BALI
Teringin nak pergi bercuti Bali :) Mungkin tunggu nak pergi honeymoon kot hehe... Ape2 pun PTPTN kena bayar dulu :P

5 PTPTN
Akan berusaha membuat ansuran bayaran tiap2 bulan, walaupun susah, tapi aku akan cuba jugak.. Nanti kang tak dapat pergi Bali pulak hehe..

6. TURUNKAN BERAT BADAN
Aku memang mengalami masalah ini sejak masuk U dulu, badan naik dengan mendadak sekali. Dan part yang paling aku risau ialah bahagian perut, pinggul dah peha.. SUSAH NAK CARI SELUAR!! Latest berat aku adalah 69KG!!! (tak tau la mesin tu betul ke tak haha!!)Tapi tu pun orang cakap badan aku biasa aje sebab ketinggian aku yang mencapai 166cm, menampakkan aku tak nampak gemuk.. Tapi tuan badan jer yang tau rasanya macam mane.. Paling berat aku pernah capai ialah 75 KG ok!!!!, dah rasa maca obes betul.. Ape2 pun aku akan cuba turunkan jugak sampai 60KG, Insyaallah.. Aku cuba :P

7. BLOGGING
Aku akan terus cuba dan terus mencuba untuk enhance kan aku punye blog supaya lebih bagus lagi. Aku baru lagi dalam bidang ni, so banyak lagi aku perlu belajar. Ape2 pun, aku kena sentiasa merajinkan diri blogwalking untuk dapatkan idea yang lebih ummphhh!!!

Peace2 kacang peas :)