Wednesday, 31 October 2012

'GIVEAWAY BORDER LACE'


First time aku join give away..

Kepada sesiapa yang tengah cari idea nak buat engagement and wedding preparation, you oulls boleh terjah blog [Nisa] nie.. Banyak info2 dan idea-idea  menarik you oullss boleh dapat.. Blog dia memang best untuk buat rujukan untuk B2B macam aku jugak..

Nisa jugak ambil tempahan untuk buat veil dan hand bouquet.. Hand bouquet dia cantik sangat!!! Memang creative dan lain dari yang lain

Nisa ada buat giveaway.. Kalau you oulls nak join , click pic header yang comel kat atas tu …
Giveaway bermula dari 29/10/2012 - 5/11/2012 .. Cepat2 joinn!!!
Hadiah dia best sangat, kalau menang dapat 2 Meter Border Lace bernilai RM100
Kalau dapat kan best, boleh guna untuk wedding nanti (^___^)..


Peace2 kacang peas!!

Tuesday, 30 October 2012

Selamat Pengantin Baru Fauzana and Husband..

Ahad lepas aku pergi wedding kawan lama aku Fauzana..
Sebelum nie aku ada cerita dia ada terbaca blog aku dekat [sini] kan...
So, ahad lepas big day dia.. Nasib baik rumah dia dekat jer dengan area rumah aku..
Masa aku datang tu, dia tengah bersanding dekat dalam rumah.. Tak dapat nak tengok pasal ramai sangat orang kerumun.. So, sampai jer terus aku dengan Superman makan dulu..
Lauk sedap2, siap ada ayam golek lagi... Superman makan banyak okayyy!!!!
Aku jumpa Fauzana pun, lepas dia habis makan beradap..
Pasal dia bz layan kawan-kawan dia yg lain..
Sempat snap 1 pic jer.. Pasal tengok semua orang tunggu dia nak ambil gambar..
Dia sangat cantik!!!

With my old friend.. Bertahun tak jumpa, last2 jumpa dekat wedding dia...
Selamat Pengantin Baru Fau...

Aku beli hadiah dia pun last minit nie...
Pagi tu aku bangun awal semata-mata nak cari hadiah untuk dia..
***Cantik tak kitew balut hadiah hewhewhew***

Kad sebagai pengganti diri..
**tulisan aku dari dulu tak berubah, dok bulat2 camgitu lar***

nak tau aku bagi ape dekat Fauzana???
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
jeng jeng jeng!!!!

Comey tak??? Aku bagi album gambar...
Nanti Fauzana boleh letak gambar kahwin dia dekat sini.. hehehe..
"SELAMAT PEGANTIN BARU FAUZANA & HUSBAND, SEMOGA BAHAGIA HINGGA AKHIR HAYAT"





Peace2 kacang peas!!

Ketupat Palas

Raya Haji minggu lepas, mak aku berkobar-kobar nak buat ketupat palas..
Selalu orang Klang nie masak nasi himpit jerk, tapi mak aku taknak pulak.. Dia cakap orang sini tak pernah buat ketupat palas, so dia nak buat. .Aku ikut kan ajer...
 Ketupat palas nie dalam dia pulut..
Nasib baik dapat cari daun palas dekat pasar... Biasanyer ketupat palas nie popular dekat area utara kan..
Nie semua influence abah aku lar, asal Taiping..
Asal raya jer ketupat palas, raya jer ketupat palas ZZzzzzzz....
Sampai aku yang tak tau bungkus pun, jadi pandai huhuhu!!
***terima kasih mak ajar kiteww***


Rabu malam dah kena rewang bukak daun palas nie..
Bukak daun nie lar yang paling senang, nak bungkus tu lar yang paling malas..
Tapi kalau makan super senang hehehe...

Nie lar hasil bila dah bukak, just kena lipat buat bentuk segitiga tu..
Nanti senang nak lipat bila letak pulut..


Nie ketupat yang dah siap dikukus...
Kalau you oulls nak tau.. Ketupas palas nie ada jantina tau.. Jantan and Betina... hahaha!!!
Bunyi macam lawak kan, tapi benar tau..
Refer gambar kat atas tu.. Cer teka macam jantan, mana betina???
Dapat takkk???

***********
*
*
*
*
*
Yang sebelah kiri tu lar jantan, dan sebelah kanan tu lar betina..
***macam dialog nujum pak belalang plakss**
Tapi kalau nak ikutkan, mak aku suka buat ketupat jantan..
Dia cakap bentuk dia cantik sikit.. Lagi satu isi pulut tu nampak padat..
Sebab dia macam pakai seluar kan..

Yang betina pulak isi dia susah nak padat..
Sebab bungkusan dia macam pakai skirt..
hehehehe..




Peace2 kacang peas!!


Saturday, 27 October 2012

Kursus Kahwin..

Weekend lepas aku dengan Superman pergi Kursus Kahwin dekat Jabatan Agama Islam Klang.. Kursus dia 2 hari full day. Aku ingat buat 1 hari setengah jer, sekali tengok tentative program buat 2 hari full day. Start 8.30 pagi - 6 petang..
Time aku pergi tu, ramai jugak lar peserta lebih kurang 120 orang, tu pun last minute ada tambah lagi.. Penuh jugak dewan masa tu..

Kursus kahwin nie banyak dengar ceramah jer.. Kalau kena dengan penceramah yang pandai buat lawak takde lar mengantuk.. Kerja dok gelak jer.. First day, penceramah semua best2, especially Ustaz Khairil Nizam kot nama dier, perrrgghhh!!!! Dia punyer buat lawak memang tak ingat.. gamat dewan dibuatnyer..  Dia conduct tajuk untuk Komunikasi Suami Isteri kot..
***ingat-ingat luper lar***

Naik second day, penceramah semua agak skema.. Semua slow jer, buat lawak pun sikit-sikit.. Tapi yang penting ilmu berguna dapat ditimba.. Lagi-lagi tajuk paling penting ialah bahagian “Talak”.. Tajuk “Talak” ni lar yang paling kita kena titik beratkan, pasal banyak cara talak nie boleh jatuh untuk pasangan yang dah kahwin.. Contoh, Ustazah tu cerita, ada pengadu telefon dia nak tanyer pasal “Talak”..

Alkisahnyer… Suami isteri nie tengah tengok TV, cerita drama melayu.. Dalam scene tu, tiba-tiba pelakon tu cakap dialog macam nie “aku ceraikan kau!!!!” then, si suami yang tengah tengok tv tu pun dia tiru apa pelakon tu cakap “aku ceraikan kau” (konon nak bajet jadi pelakon tu ke ape ke aku pun tak tau lar..) Isteri dia tak berapa dengar apa suami dia cakap tu, dia tanyer lar suami dia..

Isteri : “abang cakap apa bang??”
Suami : “aku ceraikan kau!!!, pelakon tu cakap aku ceraikan kau!!” (dia ulang balik apa pelakon tu cakap)
            ****terus isteri dia terkejut dan menangis**

Suami pun terus telefon ustazah bertanyakan adakah talak tu jatuh ker tak.. Ustazah tu suruh dia cerita balik macam mana dia boleh lafaz cerai tu.. Dia pun cerita **macam dialog dekat atas lar** Ustazah tu terus cakap, yang talak dah jatuh.. Memang meraung lar isteri dia masa tu.. Mana taknyer, dua-dua baru kahwin 3 bulan.. Bayangkan lar, betapa sensitivenyer lafaz cerai dekat mulut seorang suami.. Sekali suami dah lafaz, terus boleh jatuh talak.. Syarat dia “Suami lafaz jer, memang boleh jatuh talak”.. Aku dengar pun dah takut, pasal ustazah tu cakap fail dekat meja dia penuh dengan kes lafaz cerai.. Takut ooOOoo dengarr!!!!

Memang bagus Kursus kahwin nie diwajibkan untuk semua yang nak Kahwin.. Sebab, benda yang tak tau pun kita tau.. Contoh macam tajuk Talak tadi.. Selain tu kita tau macam mana proses/prosedur nak kahwin nie.. Bukan main kahwin jer.. Borang semua nak kena fill up.. Cop sana, cop sini lepastu nak buat HIV test lagi.. Memang banyak kerja.. Tapi aku pun dah tau macam mana prosesnyer, Insyaallah boleh buat nanti..

Ohh lupa pulak, kita kena bayar RM80 seorang.. Sampai jer pagi tu kena daftar dekat pintu masuk, then setiap seorang akan dapat 1 fail.. Dalam tu ada buku "Gerbang Perkahwinan" (oren+pink),
 also buku nota (biru).. Makan pun disediakan minum pagi, tengah hari, dengan minum petang.. Ahad jer takde minum petang... Makanan ok2 lar..



Hari pertama kami pakai baju pink..
Superman sibuk jer nak pakai baju sedondon huhuhuhu!
**semua kata muka kami sama :) ***
ketembaman kedua-dua pasangan ini sangat lar teserlah yerkk... Harap maklum..


Dalam fail tu jugak, diorang ada bagi borang penilaian.. Kita kena bagi markah dekat setiap penceramah yang bagi ceramah time tu.. Semua ada 6 Slot, so kena bagi markah dekat semua slot tu..
Ala. just bulat2 jer markah dia.. Then last sekali kena bagi pandangan atau cadangan untuk meningkatkan lagi mutu Kursus kahwin nie..
**ada banyak lagi aku komen, tapi sempat snap yang tu jer***
Lepastu submit masa hari terakhir...
Then lengkaplar Kursus Kahwin kami dengan mendapat Sijil...
Last day, nak jugak pakai baju sedondon hewhewhew!!!
***aku dah macam peguam keluar court jer apehalll!!***
hahahaha!!!

Overall, program nie memang best, cuma kalau nak lagi best setiap slot kena banyakkan question and answer session.. Baru lar banyak benda boleh tau.. Lagi satu boleh dapat kenal kawan-kawan baru, dan dapat lar share dan dengar pengalaman diorang uruskan persiapan kahwin diorang..
So, sesiapa yang belum pergi baik pergi.. Yang belum nak kahwin pun boleh pergi jugak, pasal sijil kahwin tu valid seumur hidup...


Peace2 kacang peas!!

Wedding Siti & Shahrul

Sebelum aku cerita pasal aku and Superman pergi kursus kahwin last week,
aku nak share beberapa keping gambar wedding cousin aku yang baru dia dapat..
Actually, dia kahwin bulan 6 lepas, album dah dapat..
CD jer lambat sikit photographer tu bagi..
Aku kasi publish yang sempat aku copy jEr lar hehehe..
Tapi yang penting ada muka aku... :)

Pengantin lelaki kena buli dengan kitaorang hahaha!!!
Masa nie malam berinai, pengantin lelaki tukar baju dekat rumah aku...


Cantik kan color oren..
Jarang pengantin pakai baju color nie buat bersanding..
Yang penting nampak comel dengan pengantinnyer :)
Sepupu aku dengan suami dia nie memang "comel"
Sampai Photographer tu cakap
 "Waa!! Manyak Matching" hehehe..

Lepas pengantin makan beradap (sah2 makan sedap2 hehehe..)
Aku dengan pakcik, makcik, sepupu aku semua bawak lari lauk2 pengantin tu
pergi belakang.. Apa lagi, kiTaorang bedal habis-habisan
**jahat giler kitaorang**
Memang best lar masa tu..

Nak jugak acah-acah jadi pengantin..
Tak lama lagi duduk pelamin sendiri...

With pengantin dengan sebahagian sepupu sepapat aku..

Aiitt!!! Services dah bertukar tangan pulaksss...
Pengantin dah tukar orang lain hahaha!!!

**Now sepupu aku tu dah pregnant 2 bulan.. Alhamdulillah***



Peace2 kacang peas!!

Wednesday, 24 October 2012

Mood Ke Laut.. ZZZzzzzzz

Mood nak menaip kelaut beberapa harinie.. Balik kerja jer terusss bbooommmm!!! Tido!!! Penat sangat-sangat.. Lately nie kerja menimbun, masuk pagi balik malam jer... Memang tak sempat nak update apa-apa.. Lagi 2 hari dah nak Raya Korban.. Tahun nie aku sambut dekat Klang, rumah sendiri.. Raya puasa jer tiap-tiap tahun balik Taiping (kampung abah).. Nanti aku nak update pasal citer ketupat palas.. Mak aku dah beli daun palas, tinggal kena buka daun jer.. Nanti aku citer details yer...

Comey tak kitew..
**dah lama pergi kerja tak pakai baju kurung hewhewhew***


Peace2 kacang peas!!


Sunday, 21 October 2012

Sugarland - Stay PErghhh!!! Wanna Crying!!

Baru first time dengar lagu nie, feeling giler lar,, Lagi lar malam-malam gini dengar memang menusuk jiwa.. Kalau yang baru frust putus cinta dengar lagu sure memangis tak sudah nie..
I Wanna Crying lar...




Friday, 19 October 2012

Dedicated To My Best Friend In The World.. Part 2..


Sebelum nie aku cerita pasal Iema .. Kali nie pasal Azwa pulak.. nie pemalu sikit orangnyer, dia cakap jangan nak reveal sangat cerita pasal dia..  Aku fedulik ape, blog aku, aku punyer suka.. Dah nama pun "Dedicated To My Best Friend In The World".. Haruslah kena cerita semua hehehe.. Azwa, kau jangan marah ek, nanti kena jual.. 

Aku kenal Azwa masa bila pun aku tak berapa ingat.. Aku rasa dari kawan-kawan "rapat" aku yang dulu kot.. **kira geng lama lar** Kami memang satu kelas dari first semester sampai lar final year.. Azwa nie budaknyer pendiam, pemalu, perasan **ehhhehhh tu aku tambah sendiri** Tapi dia memang baik, humble jer.. Suka merendah diri dah sememangnyer rendah tu hahaha!!! 

Masa lawatan pergi Yakult..

Aku rapat dengan dia nie pasal dia sekepala dengan aku.. Sepanjang kawan dia, tak pernah lar kami bergaduh, kalau takat gurau2 manjer tu biasa lar 
**dah macam couple pulak aku describe hubungan kami** 
Kalau bab-bab bergosip, mengumpat memang kitaorang suka 
**campur dengan Iema lagi havoc!!** 
tu kira hobi lar tu dulu.. (tambah dosa sendiri)
Masa kat U dia bawak kereta "ferrari", minah nie kalau bawak kereta sumpah laju giler..
Kalau ada selekoh, siap corner lap lagi dia bagi..
Aku selalu bising dekat dia
Wehhh!! Azwa, aku belum kawen lagi ok!! Jangan nak bawak laju2..

Kalau time free, mesti ajak geng2 pergi jalan-jalan..
Paling best pergi mandi air terjun lar.. Memasing berendam tak ingat..
Kau jugak pernah tumpangkan aku tidur rumah kau dulu... Thanks yer susahkan kau jer...

Dalam class dulu aku tengok kau paling fokus sekali.. Bila aku tnyer kau jawab tak tau pulak
Kau nie fokus ker tido Wawa ooOOiii!!!

Nie masa nak amek gambar class, memasing pakai kot..


Time kat class kerja kita asyik bergambor jer...

Azwa.

Kau ingat lagi tak dulu kita tunggu bas sama-sama dekat PKP semata-mata nak balik rumah..
Kau nak balik KL, aku nak balik Klang.. Sanggup kejar bas lepas kelas habis.. Pantang ada masa free, mesti masing-masing nak tinggalkan Unisel tu.. Dengan beg berat sanggup kita galas semata-mata nak balik...

Kita naik bas Wawasan Sutera,  nak sampai KL dekat 1 jam lebih kottt! Sampai tertido-tido kita dalam bas.. Tak pun kita turun dekat Sungai Buloh amek komuter turun KL Sentral sama dengan Iema sekali.. Sampai KL Sentral, masing-masing lapar terus bedal KFC dengan Mcdonald hahaha!!!
 kau ingat lagi takk!!!
Kalau time nak balik Unisel, masing2 sms kumpul kat depan Pudu, nak naik bas buruk tu..
Sebelum balik hostel tapau McD.. Memang epik giler..

Masa konvo, Azwa yang bawak rombongan paling ramai.. Semua adik beradik dia angkut..
Yang paling aku jeles, dia dapat banyak bungaa.. WEehh!! Aku jeles tau takk!!! Tak Acii!!

Giler banyak bunga dia, sampai tak cukup tangan..




Kau lar yang paling sporting antara kawan yang aku pernah kenal..  Memang selamber jer kalau aku ajak kau pergi mana-mana.. Tak pernah kata no!!! Asal aku turun KL, mesti ajak pergi karaoke... Sampai sekarang ok!! Aktiviti tu dah macam wajibul plak kalau kita jumpa.. And the best part is satu peristiwa yang aku teringin giler nak makan steamboat, kau cakap dekat uptown danau kota ada.. Nak cari uptown danau kota bukan main susah.. Dok pusing2 keliling KL tu, sampai pukul 12 malam baru jumpa hahaha!! Memang adventure giler nak cari uptown tu... **lenkali pasang GPS dekat kereta kau tu***

And satu lagi, masa kita tengah tanam anggur dulu, kau ajak aku jadi Mystery Shoppers.. Ingat lagi tak??? Gila best kau tau !! Tak pernah aku rasa sebest tu jalan-jalan pusing KL.. Tempat yang aku tak pernah jejak pun aku jejak.. Sorang-sorang pulak tu.. Nasib baik kau tau jalan KL... Kejap2 telefon kau.. Walaupun penat, tapi best!! 

Masa nie kta lepak kat KLCC..

Kalau nak shopping mesti kau ajak aku pergi Jalan TAR.. Kau paling suka cari tudung kan.. Aku tau kau suka melawa, tengok makeup kau pun aku dah cukup.. Macam mak andam punyer stocks... Hoii!! lepas nie boleh bukak Butik Andaman lar hehehe...

Masa nie kau makeupkan aku kan.. hihikhik!! terharu tau.. mekacihh!!
Kita pergi wedding Iema kat Seremban..

Selain tu, aku lar yang selalu kau cari untuk menjadi pendengar kau bila kau ada masalah.. 
***aku nie memang dah macam cikgu kaunseling dari dulu**
Tapi semua tu aku tak kisah, pasal aku sayang semua kawan2 aku..
Time kau susah aku bantu, time aku susah kau pulak bantu.. 
Lagi satu kau nie tak pernah berkira langsung dengan aku, yang penting apa yang kita buat sama-sama
mesti enjooyyy!!!!

Wa, thanks jadi kawan aku sampai sekarang.. Walaupun kita nie dok dekat
(Klang - KL) tapi jarang jumpa kan.. Aku faham masing2 dah sibuk semenjak ada karier sendiri..
Tapi aku kagum dengan kecekalan dan ketabahan kau dalam mengharungi dugaan yang datang dalam hidup kau.. Kau selalu cakap kau lemah, tapi tak Wa, kau kuat sebenarnye.. Kalau kau tak kuat, kau tak berjaya sampai sekarang... Aku rasa orang2 yang dulu cakap kau nie slow, humble semua pun tak duduk tempat kau sekarang.. Kau dah berjaya!!! Kau tau takk!! Kau dah berjaya!!! Aku kagum giler dengan kau...
Aku nak kau terus success dalam hidup kau.. Setiap kehidupan pasti ada ujian, aku percaya kau pasti boleh harungi semua tu.. Dan kalau kau ada masalah, aku sentiasa ada menjadi pendengar kau..

Anyway, aku harap hubungan kita nie bertahan sampai bila-bila.. Cuma kau dengan Iema jer yang aku ada untuk share pendapat, masalah and pengalaman semua.. Aku sayang korang sangat-sangat.. Dan aku harap korang sentiasa ingat aku okk!!!!



Peace2 kacang peas!!

Kursus Kahwin Esok..

Hari Isnin lepas Superman dah submitkan borang nak pergi kursus kahwin..
Kami ambik this weekend to attend that course..
Aku dengar pergi kursus kahwin nie cuma duduk demgar ceramah jer..
Lepastu kena jawab soalan macam exam tu.. Betul ker ek??

Apa-apa  pun harap-harap course tu ada lar ustaz @ ustazah yang lawak-lawak..
Baru lar tak boring kan.. Aku takut aku tertido pulak kalau penceramahnyer slow huhuhu!!!
Tak sabor rasanyer nak pergi..
***nampak tak sabar nak kawennyer tu***


Borang dah hantar, and dah bayar pun RM80..
Kami ambil dekat Pejabat Agama Islam Klang..
**buruk giler tulisan aku  lama tak menulis, selalu menaip jer hehehe**




Peace2 kacang peas!!

Thursday, 18 October 2012

Dapat Casing BB Baru :) Tenkiu!!!

Hp Sony Ericsoon aku rosak, malas aku nak hadap asyik rosak jer last2 aku rembat hp Superman satu.. Dia ada 2 hp BB dengan Nokia yang ada lampu suluh tu.. Dah tentu2 aku rembat BB kan hahaha!!
 **jahat giler aku**

Semenjak pakai BB dia nie, aku teringin nak pakaikan casing kat hp dia tu.. Aku tengok macam-macam color orang pakai.. Macam cantik pulak.. Dari haritu nak beli tapi tak terbeli-beli..

Last2 tadi masa Superman ambil aku  balik kerja, dia belikan aku casing BB nie..
Color pink lagi aku pilih, padahal banyak pilihan color lain, tapi aku tersuka giler pulak dekat color pink nie...

Aku tanyer Superman..

aku : "mana cantik???"
Superman : "mana-mana, pilih jer"
aku : "i pilih color pink lar **sambil senyum kambing**
Superman : "Pinkk?? Macam nak jadi hak milik jer hehehe"
Aku : "senyum tanpa kata apa -apa"

Jeles lar tew, aku pilih color pink pasal dia malu nak pegang nanti werrkkk!!~~~
Anyway thanks belikan untuk I ok, ni kira i tolong take carekan hp U lar..
**ayat kena power**

Cantik kan color dia..
Menyerlah sangat-sangat..
Pandai aku pilih
**pitam**


First time beli benda color pink nie.. Wawa mesti takkan pinjam hp aku..
**pasal dia paling benci color pink.. Dia kata chhooiiiiii!!!!**

Nak jugak posing ala-ala model hp..
Takdenyer orang nak beli lar kalau gini modelnyer hahaha!!!


Casing nie comel seperti tuannyer kan..
Memang tak dapat dinafikan..
**mata keatas, tangan kat bahu**

Thanks yer belikan kitew casing untuk BB you..
Lenkali you belikan BB lagi satu ekk, I pakai..
Boleh lar casing sama color hewhewhew!!!

Peace2 kacang peas!!

Dedicated To My Best Friend In The World.. Part 1..

Semua orang ada best friend kan... Aku pun sama, aku rasa kawan the best in the worlda aku ialah Iema dengan Azwa@ Wawa.. Dua orang minah nie aku kenal masa study dulu.. Tak sangka hubungan kami masih bertahan sampai sekarang.. Iema dok Johor, dah jadi mummy pun sekarang.. Azwa dok KL, ada jugak aku jumpa dia kat KL, lepak2, pergi karaoke hehehe.. So, entry kali nie aku citer pasal Iema dulu.. Wawa punyer cerita next entry, mummy kena didulukan dulu yer...

Iema aku tau kau baca blog aku yang tak seberapa nie.. Aku harap kau tak marah yerk aku citer pasal kau **wehh!!! nie blog aku, suka hati lar hahaha!!* let's start the storyyy~~~

Iema…


Dia nie muka jer cun, menawan, “macam” lemah lembut.. **muka sombong tetap ada** Tapi hati dia keras macam batu, kadang-kadang kepala angin jugak nie..  Masa study dulu ramai minat dia (lelaki), and ramai jugak yang tak suka dia (perempuan) pasal diorang jeles kawan aku nie pandai bergaya, cantik… Semua budak2 perempuan jeles dengan dia, tapi aku takkk!! Sebab aku tak cantikk!! Hahaha!!!

Masa study dulu, dia nie steady and rileks jer.. Orang lain siap bersengkang mata study pasal nak exam, dia pukul 11 or 12 malam dah masuk tido..  Aku panggil dia “Cinderella”, tak boleh tido lewat katanyer.. Nanti sakit kepala tak cukup tiDo.. Hooiii!!! Mengada ko ek.. Tensi aku dengan dia nie gggrrrr!!~~~
esok pagi pergi jawab exam dengan muka selamber hahaha!!! Tapi result gempak!!

Kalau kena buat group project, kami mesti bersama (aku, iema & azwa), tak pernah berpisah.
**pasal kami sekepala**
Time nak buat presentation paling tak boleh blah, mesti gigil kepala lutut hahaha!!
Tapi yang pasti group kita mesti dapat markah tinggi kan..



Lepastu kalau weekend ada masa free, kita mesti pergi jalan-jalan, mandi air terjun siap
buat BBQ.. Semua geng2 kita kau angkut..


Time class cancel, terus berdesup pergi jalan-jalan..
Sampai ke Damansara pergi cari McD...
Semua makan big mac time nie..
Thats way muka pun bigggg!!!



Masa study lagi dia dah ada BF..  Last semester dia bertunang, lepas habis belajar dia pun kahwin dengan BF dia.. Lama kot couple diorang nie,… Masa duduk rumah sewa, aku dok sebilik dengan dia.. Dok katil double decker, dia bawah aku atas..
**nasib katil tu kukuh, kalau tak dah lama kena hempap si iema nie dengan aku hahaha**
Kalau bab dengar dia bergaduh, gurau-gurau, cakap-cakap dekat telefon dengan suami dia dulu aku dah biasa dah.. Kalau tengok muka dia macam bengang jer, aku dah tau dah..
**nie mesti gaduh nie**

Aku dah faham sangat perangai dia, kalau marah kejap jer.. Nanti dah sejuk gelak macam hantu..

La nie dah kawen, dah ada anak pun...

Last kami jumpa masa Konvo 2 tahun lepas...


Iema, kau masih ingat tak, masa last day kita  as student dekat U.. Kita satu geng kumpul ramai-ramai bawah pokok (dekat Canseleri) borak-borak, cerita balik masa mula-mula kita kenal.. Masa tu aku dah rasa nak nangis dah, pasal aku tau tak bila lagi kita akan jumpa.. Semua dah habis belajar, dah sure semua ikut haluan masing-masing.. Lepas tu semua salam bersalaman, peluk cium, amek gambar.. Memang touching giler time tu…
***aku dah mula nak sedih dah nie T_T**

Dan part paling tak boleh blah, masa kita balik rumah sewa.
Kemas barang-barang nak clearance rumah tu..
Aku ingat lagi barang kau satu kereta pun tak muat, aku tak tau apa kau simpan dalam almari kau tu..
***aku pun sama jugak, sampai penuh kereta Fakhrul (My Superman) masa tu, nasib baik balik Klang dekat***

Lepas semua dah clear, part yang paling aku ingat sampai sekarang!!!!
Kita salam, peluk, kiss pipi semua buat kali terakhir.. Masa tu aku dah nak nangis dah, tapi aku tahan.. Pasal aku tau kau pun ada perasaan yang sama..
Kau naik kereta follow aku dari belakang..
Sampai dekat puncak alam, kita amek jalan masing-masing..
Kau hala balik Seremban, aku hala balik Klang..
Masa tu aku suruh Fakhrul slow kan kereta dia pasal aku nak tengok kau..
Kau pun lambai dekat aku, aku pun lambai balik dekat  kau..
Kalau kau nak tau masa tu aku dah nangis dah..

***AKU STOP MENAIP BEBERAPA MINIT MASA NIE SEBAB TIBE2 AKU SEDIH GILER.. TOUCHING DOWHHH****

Aku menangis kaw2 punyer lar.. Boleh plak time tu dekat radio ada lagu
Miley Cyrus “The Climb”
**muzik dia kan ala-ala touching kan, slow jer**
Lagi bertambah-tambah kuat aku menangis nasib baik ada Fakhrul tenangkan aku..

Lepas tu kau telefon aku, kau cakap..
“Filza, aku sayang kau, jangan lupakan aku yer”
**nada kau menangis**

Aku pun cakap “aku pun sayangkan kau jugak,”
 **kita sama-sama nangis dalam telefon**

Masa tu aku rasa nak patah balik jer, nak peluk kau kuat2.. Tapi apakan daya, masing-masing ada perjalanan sendiri..
Sampai semua kawan-kawan lain sedih nak berpisah, siap hantar SMS..
Menangis tak sudah aku time tu, sampai Klang..
Nasib baik Fakhrul pujuk..
Mungkin aku boleh dapat kawan lain, tapi kawan lain tu tak sebaik kau Iema..
Kita sama-sama faham perangai masing-masing..

Tapi sekarang aku dah tak sedih dah, pasal kami selalu tanyer khabar by email..
Semua pun dah ada karier sendiri.. Walaupun jarak memisahkan kami, tapi dengan ada FB, email, handphone semua nyer jadi senang..


Iema and her princess Irish..
teringin sangat nak jumpa Irish, diam2 anak kau dah besar kan..
aku nie baru terhegeh-hegeh nak kawen hehehe..

Iema, aku nak kau tau yang aku sayang kau sebagai sahabat dunia dan akhirat..
Aku harap hubungan kita kekal sampai bila-bila..
Takde kawan yang sebaik kau.. Walaupun kita jauh, tapi kau tetap dihati dan ingatan aku..,
Hope kita dapat jumpa lagi lain kali.. Jangan lupakan aku ek..

Rindu kau sangat-sangat T_T.. sob sob sob~~~
**sambil pegang tisu lap hingus**


Peace2 kacang peas!!

Pau Kedut Sedappp!!!!!!!

Memang diakui masakan mak aku paling sedap didunia
***harus puji masakan mak sendiri***
Mak aku memang terror masak, lagi-lagi kalau dia masak nasi ayam, memang tak boleh lawan dekat mana-mana.. Sampai member2 sekolah aku dulu kalau nak datang rumah siap pesan kat mak aku suruh masak nasi ayamm.. (^__^)

Tapi dalam ke"terror'an mak aku masak lauk pauk nie, mak aku dia kureng terror sikit  buat kuih..
Kalau buat kuih macam karipap, buah melaka, pau goreng, cucur udang tu jadi lagi..
Nie masalahnyer mak aku fail dalam membuat pau kukus...
Bila buat pau kukus tu mesti berkedut-kedut rupa dia.. Mak aku sampai stress asal buat jer kedut, asal buat jer kedut, dah tiga kali pun kedut jugak..
***nasib baik muka mak aku tak berkedut macam kuih pau tu***
last-last mak aku pun tensi semacam dia cakap macam nie...

"mak taK tau ape yang kurangnyer dekat aduanan pau mak nie, takpe lar makan jer,
jangan tengok rupa, janji rasa sedap hehehe.."

tengok ayat pun macam dah redha jer.. Tapi orang-orang dekat rumah tak kisah, kedut pun kedut lar..
Janji rasa sedapp!! Sampai aku teringat-ingat pau sampai sekarang..
Yang tak boleh blah,
Superman belasah dekat 8 bijik kotttt!!!!!!! Hoi!! makan ke apa nie!!!

Nie lar pau kedut mak aku.. Walaupun rupa tak cantik, tapi rasa dia cantikk!!!
Takper mak, nanti kakak try cari sifu yang boleh ajar mak buat pau cantik ok!!!


Peace2 kacang peas!!

Tuesday, 16 October 2012

Budak Berakk!!!

Takde muka lain, muka budak nie jerk aku nak update hahaha!!
budak mengisi masa lapang katakan..
Nabila Budak Berakk!!! eeuuwwww!! ucuk larr!!

Masa nie dia datang rumah aku, dia kacau adik aku Ain main game..
Tengah dok sedap Si Ain tu gomol-gomol, cium2 pipi dia yang gebu tu, tibe-tibe Ain cakap..
"Nabila nie macam bau berak lar!!"
Sekali tengok betol lar dia berakk!!
Patut lar dia taknak duduk masa tengok Ain main game..
Puas pujuk dia nak cuci berak, tapi you oulls tau lar budak kecik macam dia nie,
mau kena paksa.. Last2 mak aku cakap biarkan jer, nanti dia sendiri tak selesa..
hahahaha!! Nabila oh Nabila...

Budak berak tak berani nak duduk, sebab tu dia meniarap jer macam askar..
Rasa macam nak sekeh jer kepala dia hahaha!!!


Peace2 kacang peas!!

Monday, 15 October 2012

Warna Tema Wedding Part 2

Before this aku ada cerita pasal Warna Tema Wedding Part 1, sudah pasti mesti ada part 2 plak kan.. Second theme yang aku idam-idamkan ialah color hijau!! Yer, aku rasa tak ramai yang prefer color ni untuk buat wedding theme, but trust me ia memang cantik.. Seperi contoh yang aku ambil dari google macam gambar-gamabar dekat bawah nie.. Yang paling aku tak sangka, color hijau lime memang nampal freshhh!! Memang dapat ceriakan suasana...

See!! Cantik kan!! Nampak segar jer..
Lagi di combinekan dengan color kuning + putih, memang cantik sangat!!!


 
Nampak berseri kan color hijau lime nie..
Memang akan menyerlah dalam gambar.. Lagi satu, tak ramai yang pernah buat
combination color2 nie.. Selalu orang ingat color hijau nie nampak pucat.
tapi sebenarnya tak pun..

 
Yang nie orang panggil hijau emerald..
Lebih kurang color baju kawen Schawal....
Lepas Schawal pakai color nie, ramai jugak yang prefer this color
untuk buat baju wedding... Sebab lain dari yang lain...

 
Tapi kan , color hijau nie yang aku paling suka sekali..
Nampak menyerlah sangat2, lagi satu color dia gorjes sangat..
***rasa-rasa kalau aku pakai color nie, ada iras angelina jolie tak hukhukhuk***

Same with this color.. Nampak outstanding bila pakai...
Harap-harap impian aku dapat direalisasikan.. Insyaallah..

 

Peace2 kacang peas!! 

Sunday, 14 October 2012

Cerita kasut Tunang..

Walaupun aku bertunang dah dekat 8 bulan, tapi aku nak cerita jugak pasal kasut tunang aku..
Kalau sebelum nie aku cerita pasal baju tunang, kali nie cerita kasut tunang pulakss..
Ok, aku cari kasut tunang nie 3 bulan sebelum tunang kot, ingat-ingat lupa lar..
Aku tak letak specific design and brand untuk kasut tunang aku.. Asal cantik, harga mampu dimiliku,
serta sedap dipakai sudahhhh....

Tapi si Superman tu sibuk nak carikan Bonia untuk aku... Bonia okkk!!!!
***takper lar, untuk aku jugak hehehe***
Tapi kasut dia lagi mahal.. Clarks okkkkk!!!!

Ingat nak cari kasut aku nie senang, aku paling susah nak mencari kasut pasal kaki aku nie besar gedabak macam kaki gajah.. Saiz 8/9 @ 40/41..
besar tak besar tuuuuuuuu!!!!!!!!!!
Kalau pergi kedai kasut, sebelum beli tu ayat selalu aku tanyer ialah..
"Saiz paling besaaarrrrr ada takkk???"

Selalunyer kalau pergi kedai-kedai biasa mesti takde.. sedey aku T_T..
Sebab tu aku suka pakai kasut sport jerk, pasal mak aku pernah perli kaki aku yang comel nie, dia cakap kalau kawen tak jumpa saiz kasut aku, pakai kasut sport jerkkk..
Waaaaa!! Mak aku nie nak kondem aku ke ape??? (o_O')!!!!!!!

Nasib baik masa masa aku cari kasut tunang nie, stocks besar2 ada lagi..
Masa aku try tu, ada saiz lagi besar lagi.. Bagus lar Bonia nie..
Superman memang suka brand Bonia, dia cakap cantik and nampak mewah..
Memang pun, pasal harga dia pun cukup mewah..
Nasib baik masa beli kasut nie, ada less 50% kot.. Pasal Year End Sale kan..
Nasib ada diskaun, takde lar parah sangat nak bayar, bukan ape kesian kat orang yang keluarkan duit..
Pasal aku takut kasut nie cuma buat display jer kat dulang hantaran, atlast duduk dalam kotak jerkk.. Sampai lar harinie hehehe.. Harga tak silap aku around RM150++..

kasut nie dia pilih sendiri, dia cakap cantik dengan kaki aku..
** kitew suka sangat taw**


Nie lar kasut tunang aku..
Besar gedabak kan kasut tu.. Penuh satu dulang..
Mak Superman pun terkejut tengok kasut aku besar sangat..
Hahahaha!! Memang tak percaya aku pakai kasur sebesar itu..
Selalu orang pakai saiz 36-38.. But aku terus saiz40!!!!
I special ok!!! American size!!! hehehe...


Kasut nie aku tak pakai lagi, still dalam kotak.. Harap-harap bertahan lar sampai aku kawen nanti..
Takpun aku pakai masa ada function apa-apa ke kan... Aku suka tumit dia pasal kaler silver..
Cantikkk!!! Sangattt!!!


Peace2 kacang peas!!

"Aku Baca Blog Kau" (o_O)!!!!

Tengah hari tadi, aku dapat sms dari kawan lama aku masa form 6 dulu, Fauzana.. Dia nak datang jump aku bagi kad kawen ***tak tau bila masa dia bertunang, tiba-tiba nak kawen dah** Dulu dia pernah datang rumah aku, tapi sekarang dah tak ingat jalan nak datang..  So aku bagi guidelines kat dia.. Akhirnyer sampai jugak kat lorong rumah aku.. Dia keluar-keluar kereta terus cakap "Weh, ko ada blog ek?? Aku baca blog kau" aku pun terkujat tahap maksima, macam mana dia tau aku ada blog??? Rupenyer dia pernah google word "Doorgift Tunang" aku.. Dia bukak blog aku, terus dia macam kenal minah seekor yang comel nie,, Rupa-rupanyer kawan dia yang brutal nie.. Filza rupenyer!!! Waaaaa!!! Malu aku!!

Anyway, thanks yer pasal susah-susah datang bagi kad yang cantik tu untuk aku.. Lepas nie Insyaallah aku pulak menyusul..Fauzana nie tengah belajar semester akhir dekat UPSi, sikit hari jadi Cikgu Fauzana.. Bestnyerr!! Memang sesuai dia jadi cikgu, pasal dia nie lemah lembut orangnyer.. Untung lar siapa dapat bercikgukan dia hehehe.. "Selamat Pagi Cikgu"

Sweet jerk kad dia.
Color Pinkk!! Comel!!
Selamat Pengantin Baru ...


Peace2 kacang peas!!



X Factor USA 2012 Besttt!!!

Harinie hari minggu, aku takde apa-apa plan.. So, rehat sajer dirumah.. Bermalas-malasan, baring-baringan sambil online.. My Superman sibuk membuta tak ingat, malas nak kacau dia.. Dah 3 harinie aku dengan Wawa dapat online freee!!! Ada salah sorang jiran sebelah rumah aku nie ada pasang Wifi, but the best things is takde password.. So, kira free Wifi lar nie kann.. Hari-hari dok online download lagu, video dan macam-macam lagi.. Laju okehh!! Takde buffering langsung bila bukak youtube.. Untung tak untung tu huhuhu!!! Jimat broadband Wawa...

Aku pulak sampai dah bosan tak tau nak buat apa dengan tenet free nie.. Mak aku pulak sibuk suruh cari resepi itu ini.. hehehe... Sajer nak cari idea tengok-tengok masakan dekat internet.. Aku layankan jer lar.. Sekarang nie, aku tengah gila tengok rancangan realiti X Factor USA 2012, ala yang ada judges baru tu Britney dengan Demi Lovato.. Aku memang minat giler dengan Demi tu.. Tak sangka dia jadi juri untuk X Factor tahun nie.. Tak puas tengok kat tv, tu yang aku tengok kat youtube.. Semalam dari petang sampai ke malam aku layan.. Sampai ada satu scene tu sampai meleleh air mata aku tengok T_T perjalanan salah sorang peserta uji bakat.. ***terfelling lelebih pulak**

Seperti mana you oulls tau, judges2 nie bukan calang-calang orangnyer.. Semua dah ada tapak yang kukuh dalam industri muzik dekat US tu.. Macam LA Reid tu, dia lar yang memfamouskan Justin Bieber, Rihanna dan ramai lagi.. Britney Spears dah memang semua kenal dia dari lagu "Sometimes" lagi.. Demi Lovato yang comel tu popular dari Camp Rock lagi.. Dan the one and only judge yang paling kejam dalam X Factor is Simon Cowell.. Tapi sekejam-kejam dia pun, meleleh gak air mata.. Tak caya?? Click link kat atas tu.. Hehehe..

Jap lagi nak sambung lagi tengok X Factor kat youtube.. Sementara dapat line free kan wuuhuuuuuu!!!!!!!


Peace2 kacang peas!!


Saturday, 13 October 2012

Meggi Tomyam Kung Super Meletopsss!!

Musim-musim hujan nie kan, paling best dapat makan panas-panas macam sup2 kan..
Tadi masa balik keje aku kehujanan, nasib baik tak basah kuyup
**biase lar naik kenderaan 2 tayar, tu je yang mampu**

Sampai rumah, mandi lepastu terus tanyer mak aku..
"mak meggi ada tak??? lapor lar.." mak cakap "ada"
Yesssss!!! Nak bikin meggi lar.. Padahal mak aku masak tomyam campur harinie..
Meggi jugak aku pilih hehehe..


Meggi Tomyam Kung Super Meletopsss!!
**amboi nama menu, padahal meggi jerkk**
Kenapa meletops!! pasal aku letak cili lebih dengan telur separuh masak huhuhu!!
Fuuhhhh!!! Sedap!! Sampai mak aku lalu sebelah pun tak perasaan hehehe...


Peace2 kacang peas!!