Saturday 15 June 2013

Cerita Majlis Kahwin :)

Salam semua.. Waaaa!! Dah lama aku tak menaip kat blog nie.. Tiba-tiba jer terus tukar header baru.. Suka tak suka tak!! Hihihi!!! Rasa rindu sangat-sangat.. Tapi apaka daya, virus “M” telah menyerang ke dalam diriku ini.. Huhuhu.. Banyak nak cerita sebenar benar benarnyerrrrrr!! Lagi-lagi pasal majlis perkahwinan aku yang dah nak dekat masuk 2 bulan hihihihi tak tau la bila nak updatenyer tu J Dari persiapan kahwin, majlis kahwin, sampai la cerita lepas kahwin.. Memang banyak sangat nak cerita, tapi tuan tanah nie kan terlampau malas tahap maksima, apa pun tak boleh… Tapi aku akan cuba jugak.. Rasa-rasa harinie aku boleh  review sikit-sikit kot.. Aku akan cuba sebaik mungkin yer.. Sebab banyak gambar kahwin aku nak share dekat sini..

Nak cerita sikit la pasal majlis aku tu…  Majlis kat rumah aku ada 3 majlis.. 3 OK!!!! Nikah, Malam Berinai & Bersanding (reception) Walaupun penat, tapi kami rasa seronok sangat masa majlis haritu.. Alhamdulillah, semua berjalan dengan sangat lancar.. Dan yang paling best semua orang puji dan bagi feedback yang sangat2 positif sepanjang majlis berlangsung,.. Rasa suka sangat sebab semua persiapan kahwin kami suami isteri arrange semua.. Mak bapak masing-masing duduk rileks jer diam-diam hihihi.. Dan Alhamdulillah, outcome nyer tersangat lar bagus..

Yang paling aku tak boleh lupa masa Akad Nikah, yer semua mesti rasa berdebar kan masa majlis akad tu.. Aku pun sama, tapi masa pagi tu aku tengok muka Superman tu macam takde apa2 jer.. Rileks jer, muka pun steady takde peluh-pekuh ke ape.. Alhamdulillah, sekali lafaz.. Lepas Tok Kadi baca doa aku Nampak Superman menangis ;( huhuhuhu!! Selalu perempuan yang menangis kan.. Nie dia pulak yang menangis.. Aku mula-mula rileks jer, lepas tengok dia tersedu-sedu sambil menadah tangan aminkan doa, terus aku pun rasa terharu.. Nenek aku perasan masa tu, dia terus cakap “ Dia menangis sebab dia dah menang!!” Fuhhh!! Masa tu Tuhan saja yang tahu perasaan aku.. Betapa aku tau dia sayang sangat2 dekat aku.. Hampir 7 Tahun kami bersama. Now, dah jadi suami isteri yang sah.. Masa saksi cakap sah jer, terus aku teringat perjalanan kami berdua dulu,.. Susah, senang, gaduh, menangis semua sama-sama. Memang tak tau nak cakap macam mana lah.. Rasa2 kalau you oulls dah pernah rasa mesti tau kan.. Apa-apa pun aku bersyukur sangat2 semuanyer dah selesai dengan mudah atas IzinNya.. Terima Kasih Ya ALLAH kerana menganugerahkan suami yang sangat baik, bertanggungjawab dan menyayangi aku..

Layan dulu beberapa keping gambar nikah dulu k..

Sebelum akad nikah.. Aku suka gambar nie :)
Selamat Sudah.. Masa nie acara batal air sembahyang.
Mas kahwin dengan barang kemas aku citer later k..
Sweet la time nie.. Now hari2 sebelum pergi keje mesti cium tangan suami dulu :)
Terima Kasih Sayang menerima diriku seadanya..
I Love U So Muchhh!!!!


Peace2 kacang peas :)

No comments: