Friday, 14 September 2012

Dah Tak Dapat Jumpa Dia Selalu.. Sedeyyyy!!!! ;(

Tak sangka Ahad lepas last day aku jumpa Fahmi nie.. Tau2 jer isnin haritu mak aku cakap parents dia dah pindah tempat lain.. Mak cik dengan pak cik aku nie memang lar, bukan nak cakap awal-awal nak pindah.. Aku ingat dia main-main haritu.. Pasal sebelum nie, dia ada mention kata nak pindah, tapi tak pindah-pindah pun.. Nak menangis aku bila mak cakap Fahmi dah tak duduk rumah nenek aku lagi.. Dah takde budak kecik aku nak gomol, peluk, cium, borak semua.. Dia jer yang best pasal suka sangat bercakap walaupun pelat.. Dia selalu datang ketuk pintu rumah aku pagi-pagi pasal nak main laptop Wawa.. Dia suka dengar lagu ABC kat laptop Wawa, sampai hafal A-Z.. Bayangkan budak baru nak setahun setengah dah boleh ingat lagu ABC..

Lagi satu dia petah bercakap, sebab tu aku suka main dengan dia.. Dia panggil aku "tatak=kakak", pastu dia panggil Wawa "ipon (Jepun = nama glamour Wawa dari kecik sampai dah besau).. Hari mencari ipon dia tu pasal nak kejarkan laptop.. Pernah satu hari Wawa nak pergi kerja pun dia menangis2 nakkan beg laptop Wawa tu.. Sampai dia kejar Wawa, sambil menangis, sampai jatuh dia kejar.. Kesian dia.. Last-last Wawa siap burn dalam CD video ABC bagi dia tengok dekat rumah.. Tapi dia taknak tengok pulak... Tiap kali mak dia pasang, dia cakap "nanak tu, nanak tu, nak iponn!!!!!".. Bijak betul...

Lagi satu dia nie hari-hari dok datang rumah aku, pandai ketuk pintu siap bagi salam lagi.. Mak aku sampai dah tau time dia datang.. Datang rumah aku "nak mam acik = nak makan nasik", lepastu dia nie ada satu peel, kalau minum nak minum air sejuk, kalau tak sejuk tak nak minum.. "nak air jukk!! = nak air sejuk!!""..
Pandai pergi buka pintu peti ais..

Selalu kalau dekat rumah aku rasa sunyi, mak aku mesti pergi rumah nenek nak ambil dia, main dekat rumah.. Tapi kena tengok time jugak, pasal dia nie kuat tidur budaknyer.. Kalau mak tengok dia tak tidur, mak terus culik dia bawak balik rumah hehehehe... Pasal nak jaga dia nie senang, bagi cukup makan minum, dia dah senyap.. Dia nie lasak sikit, tapi jarang nak menangis melainkan dia nak susu.. Mak dia pernah citer dia jatuh katil sampai hidung belang, tapi tak nangis pun.. Tapi yang kesiannyer hidung dia merah menyala, dah macam hidung rusa santa clause hahaha!!!

Aku bukan ape, kang lama sangat dia tak datang jumpa aku and family, aku takut dia lupa. Pasal baru-baru nie Nabila pernah jadi macam tu.. Nie semua pasal mak dia balik kampung lama sangat sebelum puasa sampai dah lepas raya.. At last, dia jumpa family aku, terus dia macam tak kenal.. Muka macam bingung jer pasal dah lama tak jumpa.. Lama jugak lar nak pujuk dia bagi dian ingat balik.. Tunjuk mainan, lagu, citer, makanan favourite dia semua.. Alhamdulillah sekarang dia dah ok.. Rindu lar dekat Fahmiiiiii!!!!!! Dia suka angry bird, selau kalau lepas dia mandi, mak dia pakaikan baju angry bird, cepat2 dia tunjuk kat aku.. "amie akai aju bebird = fahmi pakai baju angry bird"..

Ayat paling tak boleh kalau kitaorang tnyer dia..
"saper encem???" dia jawab
"encem amie" = hensem fahmie (sambil sengih nampak gigi 2 batang)"
Geram tau tak, gerammm.~~~ pandai sangat menjawab...

Nie masa dia kecik lagi.. Tak ingat berapa bulan.. Masa nie belum lasak..
Dok dalam babysit jer.. Muka bulat betul, dah besar sikit terus kempis..

Masa nie badan dah kuat, boleh berdiri sikit2..
Naik baby walker.. Muka innocent giler..
Berketak-ketak tangan dengan dagu dia tu.. Sekarang dah kempis...
Baju favourite dia, Angry Bird..
Pandai jer posing sambil buat mulut macam bebird..

 
Baju mak dia beli, tak boleh blah siap pakai necktie lagi..
Wahhh!! Kelas ko fahmi!!
Bila aku tnyer "saper encem" dia jawab "encem amie!!!"
Rasa nak sekeh jer kepala dia hahahah!!!!
Kerusi malas dia nie kena sentiasa ada dekat rumah..
Kalau mak dia nak wat kerja rumah, mak dia pasangkan citer upin ipin..
Dia tengok dok kat kerusi tu like a big bosss.....
Senang giler jaga dia..

Bila tengok gambar nie, rasa lagi rindu lar...
Fahmi!!! Balik cepat yerkkk....
Tengok, senang giler mak dia nak potongkan kuku dia..
Aku rasa kalau budak lain susah nak control,,
Dia dok kat kerusi malas dia tu, pastu mak dia potongkan kuku..
Senang Fahmi nie...
Mulut besar!! Trademark dia masa nak amek gambar..
Motif ?? Aku pun tak tau...

Cute giler gambar dia yang nie,, muka baru lepas bangun tido..
Bucuk tak gosok gigi lagi hehe...
Fahhmiiiiii!!!!!!! Rindu lar dengan Fahhhmiiiiii!!!!
Huwaaaa!!!!!! ;(

 
Peace2 kacang peas :)

No comments: