Wednesday, 12 September 2012

JOM RAYA @ OFIS :)

3 September lepas, my colleagues buat Jamuan Raya Potluck dekat ofis... Kalau dah namanyer jamuan raya, mesti semua pakai baju raya cantik-cantik kan.. My colleagues nie memang semua kepala otak gila-gila, tak pernah aku jumpa orang2 segila diorang ***gila boleh fikir lagi yerk hehehe***.. So, that day aku pun menjoinkan diri, pasal kalau bab makan-makan free nie memang aku suka.. Pada hari kejadian aku takde bawak apa-apa pun, aku just sumbang duit jer.. Mula-mula ingat nak buat kek kukus coklat yang biasa aku buat tu, tapi akibat weekend tu aku buzy giler pergi kenduri kahwin dengan open house yang terlampau banyak, terus lupa nak buat.. Tapi kalau aku tak bawak pun, makanan memang banyak pun masa jamuan tu...

Menu haritu macam-macam ada lemang, nasi himpit, rendang ayam sedap, daging masak hitam, kuah lodeh (paling sedap, kak nurul comel yang masak), kek coklat dan macam-macam lagi.. Tapi diorang tak sempat nak snap pic makanan, pasal photographer datang lambat ZZZZZzzzzZZZZzzzzzzzzz lemau.. Last2, kitaorang dah bedal makan semua, baru photographer datang.. So, maknanyer memang amek gambar kami yang melaram dengan baju-baju raya yang cantik-cantik.. Bukan selalu nak nampak aku pakai baju kurung pergi kerja, kadang-kadang jer. Selalu aku pakai baju kerja dengan jeans jer.. Kira ayu sikit lar masa tu hehehe ***perasan** Meh tengok beberapa gambar yang diambil masa jamuan tu..

***sila abaikan ofis yang berselerak itu, itu ofis diaorang, bukan ofis aku .***


Makwe-makwe yang melaram that day.. Semua berseri-seri jer muka...

Aku and Kak Nurul yang comel..
Dia lar yang masak kuah lodehh tu.. First time dia masak kuah lodeh tu katanyer..
Tapi memang
MMmmmmmmm... DAppppppp!!!!!

 
Antara rakan-rakan seperjuangan yang lain, dari beberapa department.. Even lain-lain department,
tapi kami tetap rapat macam adik-beradik..

Yang baju hijau tu namanyer Zani, dia nie ada satu penyakit kalau amek gambar mesti keluar trademark dia tu.. Tunjuk "peace".. Setiap gambar okk!!!
Yang makcik cun belakang tu Kak Sal, memang nampak muda sepanjang zaman... Padahal umur dah dekat2 40 tahun tu.. Gila lar nampak muda betul..

Diaorang nie kalau datang gila, bukan kira tempat..
Tengok Kak Sal tu pun cukup lar.. hehehe


Kakak yang sebelah aku tu namanyer Kak Liz..
First2 masa aku praktikal dekat company nie, aku kerja dengan dia lar..
Dia yang ajar aku semua pasal system.. Memang baik Kak Liz nie, lembut jer orangnyer.. Tak sangka dapat kerja balik dengan dia lagi...
Now dia tengah mengandung anak no 4.. Alhamdulillah...
***comel tak i pakai baju pink :) ***

Antara my colleagues yang join that days...Memang enjoy dan seronok sangat..
Team yang organizer events nie sama dengan team yang organizer Jom Bowling sebelum nie..
Lepas nie tak tau ape lagi events Team Jom!! nak buat.. Sebelum nie diorang buat "Jom Bowling", "Jom Picnic", "Jom Berbuka".. Mintak-mintak lepas nie pergi "Jom Vacation" plak la hehe...



Peace2 kacang peas :)

No comments: