Saturday 27 October 2012

Kursus Kahwin..

Weekend lepas aku dengan Superman pergi Kursus Kahwin dekat Jabatan Agama Islam Klang.. Kursus dia 2 hari full day. Aku ingat buat 1 hari setengah jer, sekali tengok tentative program buat 2 hari full day. Start 8.30 pagi - 6 petang..
Time aku pergi tu, ramai jugak lar peserta lebih kurang 120 orang, tu pun last minute ada tambah lagi.. Penuh jugak dewan masa tu..

Kursus kahwin nie banyak dengar ceramah jer.. Kalau kena dengan penceramah yang pandai buat lawak takde lar mengantuk.. Kerja dok gelak jer.. First day, penceramah semua best2, especially Ustaz Khairil Nizam kot nama dier, perrrgghhh!!!! Dia punyer buat lawak memang tak ingat.. gamat dewan dibuatnyer..  Dia conduct tajuk untuk Komunikasi Suami Isteri kot..
***ingat-ingat luper lar***

Naik second day, penceramah semua agak skema.. Semua slow jer, buat lawak pun sikit-sikit.. Tapi yang penting ilmu berguna dapat ditimba.. Lagi-lagi tajuk paling penting ialah bahagian “Talak”.. Tajuk “Talak” ni lar yang paling kita kena titik beratkan, pasal banyak cara talak nie boleh jatuh untuk pasangan yang dah kahwin.. Contoh, Ustazah tu cerita, ada pengadu telefon dia nak tanyer pasal “Talak”..

Alkisahnyer… Suami isteri nie tengah tengok TV, cerita drama melayu.. Dalam scene tu, tiba-tiba pelakon tu cakap dialog macam nie “aku ceraikan kau!!!!” then, si suami yang tengah tengok tv tu pun dia tiru apa pelakon tu cakap “aku ceraikan kau” (konon nak bajet jadi pelakon tu ke ape ke aku pun tak tau lar..) Isteri dia tak berapa dengar apa suami dia cakap tu, dia tanyer lar suami dia..

Isteri : “abang cakap apa bang??”
Suami : “aku ceraikan kau!!!, pelakon tu cakap aku ceraikan kau!!” (dia ulang balik apa pelakon tu cakap)
            ****terus isteri dia terkejut dan menangis**

Suami pun terus telefon ustazah bertanyakan adakah talak tu jatuh ker tak.. Ustazah tu suruh dia cerita balik macam mana dia boleh lafaz cerai tu.. Dia pun cerita **macam dialog dekat atas lar** Ustazah tu terus cakap, yang talak dah jatuh.. Memang meraung lar isteri dia masa tu.. Mana taknyer, dua-dua baru kahwin 3 bulan.. Bayangkan lar, betapa sensitivenyer lafaz cerai dekat mulut seorang suami.. Sekali suami dah lafaz, terus boleh jatuh talak.. Syarat dia “Suami lafaz jer, memang boleh jatuh talak”.. Aku dengar pun dah takut, pasal ustazah tu cakap fail dekat meja dia penuh dengan kes lafaz cerai.. Takut ooOOoo dengarr!!!!

Memang bagus Kursus kahwin nie diwajibkan untuk semua yang nak Kahwin.. Sebab, benda yang tak tau pun kita tau.. Contoh macam tajuk Talak tadi.. Selain tu kita tau macam mana proses/prosedur nak kahwin nie.. Bukan main kahwin jer.. Borang semua nak kena fill up.. Cop sana, cop sini lepastu nak buat HIV test lagi.. Memang banyak kerja.. Tapi aku pun dah tau macam mana prosesnyer, Insyaallah boleh buat nanti..

Ohh lupa pulak, kita kena bayar RM80 seorang.. Sampai jer pagi tu kena daftar dekat pintu masuk, then setiap seorang akan dapat 1 fail.. Dalam tu ada buku "Gerbang Perkahwinan" (oren+pink),
 also buku nota (biru).. Makan pun disediakan minum pagi, tengah hari, dengan minum petang.. Ahad jer takde minum petang... Makanan ok2 lar..



Hari pertama kami pakai baju pink..
Superman sibuk jer nak pakai baju sedondon huhuhuhu!
**semua kata muka kami sama :) ***
ketembaman kedua-dua pasangan ini sangat lar teserlah yerkk... Harap maklum..


Dalam fail tu jugak, diorang ada bagi borang penilaian.. Kita kena bagi markah dekat setiap penceramah yang bagi ceramah time tu.. Semua ada 6 Slot, so kena bagi markah dekat semua slot tu..
Ala. just bulat2 jer markah dia.. Then last sekali kena bagi pandangan atau cadangan untuk meningkatkan lagi mutu Kursus kahwin nie..
**ada banyak lagi aku komen, tapi sempat snap yang tu jer***
Lepastu submit masa hari terakhir...
Then lengkaplar Kursus Kahwin kami dengan mendapat Sijil...
Last day, nak jugak pakai baju sedondon hewhewhew!!!
***aku dah macam peguam keluar court jer apehalll!!***
hahahaha!!!

Overall, program nie memang best, cuma kalau nak lagi best setiap slot kena banyakkan question and answer session.. Baru lar banyak benda boleh tau.. Lagi satu boleh dapat kenal kawan-kawan baru, dan dapat lar share dan dengar pengalaman diorang uruskan persiapan kahwin diorang..
So, sesiapa yang belum pergi baik pergi.. Yang belum nak kahwin pun boleh pergi jugak, pasal sijil kahwin tu valid seumur hidup...


Peace2 kacang peas!!

4 comments:

Anonymous said...

".. to love is to care, to care we must share..."
get some and be awesome at BBC MARDI Station CH39000

Anonymous said...

gi ursus kahwin kat pej agama klang tu kena daftar/call dulu ke atau terus je pegi masa hari kursus?

Anonymous said...

kalau nk g kursus kahwin yg kat pej agama klang tu, kena daftar/call dulu ke atau boleh pegi terus masa hari kursus?

Unknown said...

better pergi pjbat agama terus.. isi borang kat sana, then terus bayar.. tapi jgn lupa bawak fotostat ic & rm 80.. kalau direct call takut nama tak de dlm list.. kawan saya dah pernah buat mcm tu, masa time nak g kursus nama takde dlm list sbb tempat dah penuh.. kalau nak senang daftar isnin, last minute takut full house..